27 April 2009

MARI BERKONGSI IDEA-AKTIVITI TAMAN

Untuk memeriahkan lagi aktiviti taman kita ini, anda dipelawa untuk memberi idea-idea yang bernas bagi memantapkan lagi hubungan kekeluargaan taman kita ini.

Aster Mulia Kampung Kita

24 April 2009

PELEKAT KERETA KESELAMATAN

SILA AMBIL PERHATIAN

PELEKAT KERETA KESELAMATAN TAMAN MULIA ASTER SUDAH MULA DIJUAL. SILA DAPATKAN PELEKAT KERETA TERSEBUT DARI BENDAHARI, SAUDARA RIZZUAN DARUS-0133946994.

PELEKAT BERHARGA RM5.00.

23 April 2009

Welcome 2 Da Club...Tahniah


Welcome 2 the club.
Baby perempuan kedua Aster Mulia telah selamat dilahirkan semalam pada jam 9.00 malam di Hospital Putrajaya. Tahniah diucapkan kepada Saudara Shahrul dan isteri. Kami semua mendoakan agar ibu dan anak sihat sejahtera. Tahniah Batman.

17 April 2009

PERHATIAN! MAKLUMAT KESELAMATAN

TERBARU: Minta pantau Kancil Putih JJM 3685. 3-4 lelaki Melayu. Jika ternampak sila hubungi balai segera.

Ketua keselamatan kita meminta kita supaya memantau atau memerhatikan sebarang pergerakan kenderaan yang mencurigakan. Buat masa ini sila berwaspada dengan kenderaan kancil yang dinaiki 3 orang lelaki melayu disyaki pencuri kenderaan. Modus operandi mereka ini akan menyamar sebagai jurujual aksessori kenderaan. Mereka akan berpura-pura untuk menjual penggera kenderaan dan cuba menaiki kenderaan kita, kemudian melarikan diri bersama kenderaan.

Anda juga harus berwaspada dengan kenderaan Toyota Harrier, BFG 9419. no pendaftaran ini ialah milik sebuah motosikal yamaha yang dimiliki oleh Mohamed Sopiee Abdullah dari kem mentakab.

Jika anda terserempak atau terlihat sesuatu yang mencurigakan
sila hubungi Saudara Shahrul Rahmat-0175937051 atau Saudara Sofandi-0126481405 atau Balai Polis Mantin-06-7581222

13 April 2009

Tips-tips Keselamatan

Pecah Rumah

Pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa meninggalkan rumah pada masa yang agak panjang, kerana balik kampung atau menziarahi anak saudara. Sila rujuk panduan am pencegahan pecah rumah ini; maklumkan alamt rumah, alamat kampung dan nombor telefon yang boleh dihubungi sepanjang perayaan kepada jiran dan balai polis terdekat. Nombor telefon ibu pejabat polis daerah dan balai polis serta bilik gerakan yang beroperasi 24 jam boleh diperolehi di sini.


Bagaimana boleh berlaku
• Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
• Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
• Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
• Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
• Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
• Menggunakan kunci pendua


Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah
• Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong

• Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing

• Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar

• Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.

• Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.

• Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.

• Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.

• Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.


Cara Pencegahan
• Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.

• Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang
pandangan,mangga dan selak keselamatan.

• Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.

• Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.

• Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.

• Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.

• Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.

• Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.

• Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan
belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.

• Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak
meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.


Nasihat apabila berlaku pecah rumah
• Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.

• Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.

Borang Maklumat Penduduk Mulia Aster

Disini kami menyediakan borang maklumat penduduk Taman Mulia Aster. Borang ini boleh dimuat turun dan diisi kemudian diserahkan kepada:

SETIAUSAHA
SA’ADON BIN ABD MANAN
013-3810679

NAIB SETIAUSAHA
MOHAMAD SOFANDI B BUJANG
012-6481405.

Maklumat yang diberi mampu memudahkan kita menyampaikan maklumat-maklumat terkini serta keselamatan penduduk.

10 April 2009

HORMATI HAK JIRAN ASAS BENTUK MEMBENTUK MASYARAKAT HARMONI



HORMATI HAK JIRAN ASAS BENTUK MEMBENTUK MASYARAKAT HARMONI

Sahabat sekalian,

Petikan daripada Berita Harian mendorong saya untuk menyelitkan unsur kejiranan yang cuba diterapkan di Taman perumahan kita. Semoga dengan ini ianya sedikit sebanyak membuka mata, minda, hati dan tenaga kita untuk mengamalkannya.

Hak kebebasan individu dan keluarga diperakui serta dihormati dalam masyarakat kerana perkara ini penting bagi menjamin keselesaan hidup dinikmati dengan bebas tanpa gangguan. Bagaimanapun, kebebasan itu perlu difahami serta diamalkan dengan baik. Kemantapan dan keutuhan kejiranan bergantung kepada ketinggian budi pekerti. Melalui adab kesopanan dan budi pekerti yang tinggi menjadikan individu menikmati keselesaan hidup untuk dirinya, serta tidak mengganggu ketenteraman orang lain. Dirinya membawa kebaikan, kedamaian dan keselamatan kepada individu lain.

Menjadi lumrah manusia yang hidup di muka bumi ini saling memerlukan antara satu sama lain. Apa yang penting, kita berusaha melakukan perbuatan yang tidak menggugat ketenteraman dan kebahagian orang lain. Islam menggariskan beberapa peraturan hidup berjiran dan bermasyarakat. Antara perkara yang ditekankan ialah adab bertamu. Islam menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia satu keperluan. hidup kita tidak terlepas daripada mempunyai jiran. Hubungan baik dengan jiran dapat mewujudkan kehidupan setempat yang aman dan harmoni.

Jiran yang perlu dihormati tidak terhad kepada jiran beragama Islam. Wajib menghormati dan menjaga hak jiran bukan Islam, termasuk berkaitan kepercayaan dan amalan agama mereka. Sikap tolenrasi terhadap jiran bukan Islam penting kerana ia juga sebahagian daripada dakwah. Tidak dinafikan, usaha mewujudkan kerukunan hidup berjiran masa kini menghadapi sedikit kesukaran. Bilangan individu mementingkan diri dan keluarga semakin bertambah.
Sikap tidak bergaul dengan jiran tertangga melahirkan masyarakat yang ego. Tetamu yang datang hanya di kalangan rakan dan saudara mara dari jauh. Jika ada kenduri kendara pun, tetamu yang dijemput bukan jiran yang tinggal di sekelilingnya. Jiran adalah orang yang paling hampir dengan kita kerana apa juga perkara yang berlaku terlebih dahulu diketahui jiran. jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan ketika ditimpa musibah sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak saudara.

Kurang berinteraksi dengan jiran menyebabkan kemahiran komunikasi, pembinaan akhlak, jati diri, budaya dan percambahan fikiran tidak berkembang dengan baik. Ini memberi kesan kepada anak apbila mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat. Untuk menjaga hubungan baik dalam lingkungan kejiranan, perlu mengamalkan dan menghayati sikap berlapang dada, bertolak ansur, saling memahami, meningkatkan kesabaran, bertukar pendapat, mencari titik persamaan dan mengeratkan hubungan dengan penuh hikmah serta kasih sayang. Usaha memupuk kejiranan perlu dilakukan dengan gigih dan berterusan. Jiran sepakat membawa berkat.

Peraturan berjiran memberikan penyelesaian adil dan berterusan terhadap pelbagai penyakit masyarakat. Cuba kita muhasabah diri berkaitan hubungan kita dengan jiran. Jangan kita berasa sudah sempurna iman disebabkan kerap berulang alik ke masjid kerana masih banyak perkara lain perlu dijadikan ukuran.

MUHASABAH DIRI KITA, DIMANA KITA DI MATA JIRAN KITA

Roselan Bin Mohamed
Yang DiPertua
Persatuan Penduduk Taman Mulia Aster

Perompak mengganas di lorong 12

Seri Pajam, Satu kejadian pecah masuk telah berlaku di kediaman Jalan 12 pada 9hb April 2009. Kejadian berlaku diantara jam tujuh hingga lapan malam. Ketika kejadian, tuan rumah tiada di rumah. Selepas di periksa, pemilik rumah kehilangan Tv LCD dan kamera. Penjenayah di percayai melarikan diri menggunakan kereta. Penjenayah telah masuk melalui pintu utama setelah memecahkan gril hadapan dan mengumpil pintu kayu.

Nota Kaki: Kenali Jiran Anda...Jangan Duk Berkurung.

09 April 2009

Pelekat Kereta Taman Mulia Aster


Pelekat kereta Aster Mulia berharga RM5.00 akan dijual. Penduduk akan diberikan kod warna bagi setiap lorong. Jika anda duduk di lorong 8, warna biru akan ditandakan. Ini bagi memudahkan jawantankuasa keselamatan dalam memantau kereta yang keluar masuk taman.
Pelekat ini akan mula dijual dalam tempoh terdekat. Maklumat lanjut akan diberitahu kelak.

06 April 2009

Cuit-Cuit Hari Hujan

Informasi HELWA

Sebarang maklumat atau aktiviti helwa boleh dilaporkan melalui POST ini.

Mari Membajak Gelanggang

Cepat la...Kaki aku dah gatal nie...

Harap-harap tumbuh la...tang yang kat kepala 2 memang dah tak tumbuh


Tabik spring betul...bersungguh-sungguh walaupun nak hujan hari tu...semua bersemangat demi gelanggang rakyat. Terima kasih diucapkan kepada yang menderma. Lepas ni jgn lupa beli Bikini..(beach volleyball la katakan). SALUTE...

Nota Kaki: Batman bab2 nie...dio tak reti ...

Majlis Kenduri Kesyukuran Hj Jaafar Sekeluarga





Majlis kenduri kesyukuran & tahlil telah diadakan di rumah Hj Jaafar dan Isteri. Majlis berlangsung pada Sabtu, 4hd April 2009 selepas maghrib. Majlis bacaan tahlil oleh semua jemputan. Majlis disusuli dengan Jamuan maka......Nasi minyak ke bryiani ekkk...

Nota Kaki: Balik-balik Batman...Kalo komplen lagi den tak tahu laaa....

Majlis Kenduri Kesyukuran Rahim Sekeluarga








Majlis kenduri dan bacaan yassin telah diadakan di rumah Abg Rahim dan Isteri. MAjlis berlangsung pada Sabtu, 4hd April 2009. Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin oleh HELWA diikuti dengan bacaan tahlil oleh kaum lelaki. Majlis disusuli dengan Jamuan makan yang cukup enak...hehhee...sardin paling laku.


Nota Kaki: Gambar Batman Paling banyak...kena bayar royalti.

03 April 2009

Informasi Keselamatan Taman

INFORMASI KESELAMATAN

RONDAAN MALAM TAMAN ASTER MULIA

Rondaan malam telah dijalankan atas inisiatif dan usaha bersama oleh para penduduk Taman Aster Mulia untuk mencegah berlakunya jenayah pecah rumah di kawasan taman. Sejak Disember 2007 hingga sekarang telah berlaku 6 (enam) kes pecah rumah dan 1 (satu) kes cubaan pecah rumah telah berlaku. Dengan rasa tanggungjawab untuk membendung perkara sebegini berlaku maka pencegahan mesti dilakukan. Maka dengan hasil khidmat nasihat saudara Shahrul selaku Pengerusi Keselamatan & Ketenteraman Taman Aster Mulia, satu Grup/Skuad Ronda ditubuhkan dengan ke anggotaan 12 orang terdiri daripada penduduk taman yang perihatin. Rondaan ini bermula jam 10.00 mlm sehingga 5.00 pg. Rondaan akan dijalankan dengan berjalan kaki dan berbasikal. Setakat ini seramai 12 org aster bikers menyertainya.

Atas sepakat dan rasa tanggungjawab kita kepada keselamatan nyawa dan harta benda maka kita harus sedar bahawa tanggungjawab kita bukan sahaja pada diri, keluarga malah pada jiran tetangga juga. Kami amat-amat memerlukan sokongan anda untuk meyertai skuad/grup ronda cegah jenayah ini.

Sekian.

P/S : Rondaan dijalankan pada setiap hari secara berkala. Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan rondaan malam sila hubungi:

KESELAMATAN & KETENTERAMAN
SHAHRUL RAHMAT - 017-5937051
M.SOFANDI - 0126481405

Sumbangan Ikhlas Untuk Gelanggang Rakyat

Berkaitan perkara di atas, Pihak AJK memohon jasa baik rakan-rakan untuk menyumbang RM30.00 bagi membeli pasir bagi tujuan penambahbaikan gelanggang. Sumbangan ikhlas boleh di serahkan kepada Tuan Bendahari iaitu Saudara Rizzuan Darus. Terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang telah menyumbangkan dalam pembelian pasir sebelum ini.

02 April 2009

A JOURNEY TO MANTIN-Aster Bikers









Malam tadi 1/4/2009 aster bikers berkayuh seramai 10 orang termasuk 3 orang kawan Rymon dari nilai bergerak dari Taman keluar ke Tol pajam sampai tol mantin kemudian berihat di kedai mamak kat mantin. Bergerak balik melalui lebuh raya tol mantin keluar tol pajam dan balik semula ke taman lebih kurang jam 11.00 malam.

Sekian


Nota kaki: Laporan diatas dibuat oleh G leman...harap maaf jika laporannya berbunyi pelik.