28 December 2009

Jemputan Ke Majlis Bercukur Jambul

En Sahar & Isteri
No. 385, Jalan Mulia 13

Dengan segala hormatnya, menjemput anda seisi keluarga
ke Majlis Bercukur Jambul

Pada

Khamis, 31 hb Disember 2009,
Waktu: Lepas Isyak

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar

Askar Merah sebelum berjuang...

Bergambo selepas menundukan Balai Serdang 5 set berbalas 0 (5-0)

Tok Moh Ngan Nenek Kebaya...Spiker utama baju hijau tu...

10 December 2009

Aktiviti Petang Hari Taman Mulia



Ayat-Ayat Yang Biasa Digunakan Oleh YDP

Contoh Ayat Pertama

Contoh Ayat Kedua

09 December 2009

Perlawanan Persahabatan Ditangguhkan

HARAP MAKLUM, PERLAWANAN MINGGU INI DITANGGUHKAN ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU.

Kepada rakan-rakan, satu perlawanan persahabatan diantara Taman Mulia Aster Vs KWSP Bangi akan diadakan pada:

  • Sabtu
  • 12hb 12 2009
  • Jam 8.30 pagi
  • Padang GMI Bangi
Semua yang ingin menyertai diminta berkumpul di Jalan 11 (Hadapan rumah Sarjan Rais). Rombongan akan bertolak jam 7.45 pagi.

P/S: Pom-Pom Girl dialu-alukan....hehhehe

02 December 2009

Newborn Babies





Pengumuman kelahiran


Tahniah buat saudara Mohamad Soffy Sabtu & wife (jalan 12). Kelahiran bayi perempuan seberat 2.9 kg. Selamat bersalin kat pusrawi kajang. Lahir pada 27hb November 09. Pagi Aidiladha

Aduan Jalan berlubang di Jalan Mantin (3265).

Salam Sejahtera,

Tuan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Terlebih dahulu pihak kami mengucapkan terima kasih kerana keperihatinan tuan untuk memajukan aduan tersebut kepada pihak kami.

Untuk makluman, pihak Cawangan Senggaran Fasiliti Jalan, JKR Malaysia memaklumkan bahawa lokasi tersebut sebelum ini merupakan lokasi projek menaiktaraf jalan oleh JKR Negeri.

Pada bulan Ogos 2009 Jalan tersebut telah diserah sepenuhnya kepada pihak JKR Persekutuan / konsesi untuk kerja-kerja penyenggaraan.

Pihak JKR (UPPJ) telah mengarahkan konsesi membahagikan kerja pembaikan jalan kepada 2 pasukan supaya kerja pembaikan tersebut dapat disiapkan dengan kadar segera.

Pasukan A
Kerja-kerja penampalan jalan yang berlubang (patching pothole) dibawah kerja penyenggaraan rutin JKR (UPPJ) telah pun selesai.

Pasukan B
Kerja penurapan semula termasuk kerja milling di lokasi-lokasi yang kritikal telah mula pada 1 Disember 2009 dan dijangka siap pada 30 Disember 2009

Pihak JKR( UPPJ) akan melaksanakan pemantauan di tapak dari semasa ke semasa supaya kerja tersebut dapat disiapkan dalam masa dan kualiti yang ditetapkan.

Sekian, harap maklum.



Bahagian Komunikasi Korporat,
Caw. Pengurusan Korporat,
Jabatan Kerja Raya Malaysia,
Tingkat 1, Blok B (Lama),
Kompleks Kerja Raya,
Jln. Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2696 7651 / 7647 / 7660 / 7664

01 December 2009

RED ALERT! KEJADIAN PECAH RUMAH YANG KE 16

TERBARU! Kejadian pecah rumah di jalan 17

Mulia Aster, Satu kejadian pecah masuk telah berlaku di kediaman jalan 17 pada 30 November 2009. Kejadian berlaku diantara jam 8.30 hingga 7 ptg. Ketika kejadian, tuan rumah tiada di rumah. Selepas di periksa, tiada barang yang didapati hilang, hanya rumah berselerak. Penjenayah telah masuk melalui pintu sliding door sisi.