31 May 2010

26 May 2010

MAJLIS BACAAN YAASIN (HELWA)

MAJLIS BACAAN YAASIN HELWA DUA MINGGU SEKALI (sabtu)

TARIKH TERDEKAT : 29 MEI 2010 (sabtu)
TEMPAT : SURAU TAMAN
MASA : LEPAS SOLAT ASAR (5.00 PETANG)

Kehadiran sangat dialu-alukan. Silalah bawa juadah untuk dikongsi bersama.

24 May 2010

Sessi Pemasangan Kipas dan Lampu Surau





Sessi Pemasangan Kipas dan Lampu Surau





Gotong-Royong membersihkan Surau Taman Mulia



Majlis gotong royong membersihkan Surau Taman Mulia

Hari Jumaat, 28hb Mei 2010
Jam: 8.30 pg
Tempat: Surau Taman Mulia


Semua dijemput hadir

Sumbangan Wakaf Atau Wang Tunai Untuk Surau Taman Mulia


Assalamualaikum,

Untuk makluman semua, Surau taman kita ini telah diserahkan kuncinya kepada jawatankuasa penaja Surau. Bagi membolehkan kita untuk menggunakan surau ini, pihak jawatankuasa memberi peluang kepada saudara-saudara untuk mewakafkan atau menderma serba sedikit keperluan atau wang ringgit. Sumbangan seperti kipas, lampu, karpet, sejadah, al-quran dan sebagainya.

Sumbangan boleh disalur terus ke
Tuan Hj. Nasarudin (YDP penaja surau)
di talian, 019 661 5601
.

Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Zalzalah, ayat 7 & 8 yang bermaksud:

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam timbangan amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam timbangan amalnya)!

Justeru, ayat di atas boleh dijadikan sebagai panduan dan pengajaran kepada setiap Muslim bahawa atas apa jua amalan (tidak kira baik atau buruk) ianya akan dikira oleh Allah S.W.T. Sekecil mana pun amalan, jika ianya amalan yang baik sudah tentu Allah S.W.T akan memberi ganjaran pahala ke atasnya. Begitu juga dengan amalan yang buruk, walaupun perbuatan yang dilakukan adalah kecil kesalahannya, namun ianya tetap dikira di sisi Allah S.W.T.

17 May 2010

RED ALERT! KEJADIAN PECAH RUMAH JALAN 13

Sabtu, 15 mei 2010, Satu kejadian pecah rumah telah berlaku pada jam 11.00 pagi ketika kebanyakan kita berada di taman. Pada pagi itu penyenayah telah memecah masuk sebuah rumah di jalan 13. Sewaktu kejadian, anak-anak pemilik rumah berada di dalam rumah.

Penjenayah telah memecah masuk melalui pintu hadapan, sambil mengacukan pisau terhadap kanak-kanak terbabit mereka mengarahkan anak-anak tersebut untuk menunjukan temapat tersimpan barang-barang berharga. Menurut saksi, suspek terdiri dari 2 lelaki dan 1 wanita. Mereka melarikan diri menggunakan kenderaan myvi.

Apa yang dipercayai, mondus operasi mereka adalah berlagak seperti saudara-mara yang datang menziarah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan kita yang telah sepantas kilat memberi bantuan kepada anak-anak mangsa. Penjenayah sudah semakin ganas, tak kira lelaki atau wanita. Berwaspadalah.

13 May 2010

Borang Keahlian Taman Mulia (Aster/Lotus)



MAKLUMAN MENGENAI YURAN DAN KEAHLIAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN MULIA ASTER (ASTER/ LOTUS)

Persatuan Penduduk Taman Mulia Aster (Aster/ Lotus) telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan, nombor pendaftaran 0252-10-NSE dan diluluskan pada 26 Januari 2010. Berikutan itu, Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama telah diadakan pada 13 Mac 2010 dan telah bersetuju bahawa semua penduduk Taman Mulia Aster/Lotus adalah ahli Persatuan secara automatik. Bayaran yuran adalah seperti berikut:

Yuran Keahlian : RM10 (sekali bayar)
Yuran Bulanan : RM5 sebulan atau boleh dibayar secara pukal (setahun)

Pembayaran yuran bermula pada bulan April 2010. Ahli boleh membayar secara tunai atau melalui cek atas nama “PERSATUAN PENDUDUK TAMAN MULIA ASTER MANTIN”.

Pembayaran boleh dibuat kepada Ketua Jalan/ Blok yang dilantik (seperti dalam Lampiran). Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Bendahari. Ahli juga perlu mengisi Borang Maklumat Ahli seperti yang dilampirkan dan perlu diserahkan bersama yuran kepada Ketua Jalan/ Blok.

Dengan sokongan daripada ahli-ahli, segala perancangan yang telah dirancang oleh Persatuan dapat dilaksanakan sebaiknya demi kepentingan semua penduduk Taman Mulia Aster/ Lotus.

Disini dilampirkan borang untuk dimuatturun

Senarai Nama Ketua Jalan/Ketua Blok

8/ 176 MOHD. ZAKI BIN MOHD SALLEH - 019-2156153
9/ 180 KHIRMAN BIN ANUAR - 016-3070111
10/ 233 MOHD ASHADI AZWAN BIN MUNAI - 019-3163776
11/ 257 ABDUL RAHIM BIN SULONG - 017-2196568
12/ 292 JAAFAR BIN HUSAIN - 012-2727524
13/ 351 FAMY BIN ABDUL RAHMAN - 016-2963087
15/ 411 MAHADHIR BIN IBRAHIM - 012-2545925
16/ 452 RAMLE BIN ABDULLAH - 012-6652398
17/ 476 MOHSIN BIN JALLI - 012-9123145
18/ 490 SHAFARIN BIN IBRAHIM - 012-6087301

Sebarang masalah, kemusykilan sila berhubung dengan ketua blok masing-masing

RED ALERT! 3 KEJADIAN PECAH RUMAH DI TAMAN MULIA LAGENDA

RED ALERT! RED ALERT! RED ALERT! 3 kejadian pecah rumah telah berlaku selang sehari di kawasan taman mulia lagenda. Kejadian pertama berlaku pada hari selasa pagi 11 mei 2010, jam 3.30 pagi. Sebuah rumah berjaya di masuki dan satu lagi cubaan gagal. Terbaru berlaku pada malam tadi 13 mei 2010, (khamis pagi) tapi juga hanya berjaya memecahkan tingkap tetapi nasib baik jiran sebelah tersedar sebelum penjenayah berjaya memasuki rumah. Jadi kita harus berhati-hati, tingkatkan kesiap-siagan kita dalam mencegah kes-kes ini dari berlaku di taman kita ini.

10 May 2010

Majlis Jamuan Makan - Aqiqah

Raja Shahrul Nizam bin Raja Ismail
&
Isteri



Menjemput Seluruh Warga Taman Mulia
menghadiri jamuan makan (Aqiqah)

Pada
15 Mei 2010,

Jam 2.00 0 6.00 ptg


Bertempat di:

No. 272, Jalan 11

07 May 2010

SELAMAT HARI IBU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA IBI-IBU DI TAMAN MULIA. JASA IBU TIDAK TERBALAS OLEH ANAKMU. KASIH SAYANGMU TETAP KEKAL DI DALAM INGATAN ANAKMU. BUAT IBU YANG TELAH PERGI, KAMI DOAKAN AGAR ROHMU BERADA DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.

KAMI SAYANG IBU

Keselamatan Taman

Assalammualaikum....

Satu kejadian pecah rumah di taman perdana kolej height telah berlaku sekitar jam 4.30am tadi dimana penghuni rumah ada di rumah. Alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Tuan rumah cuma kehilangan harta benda seperti handphone, laptop dan sejumlah wang. Harap perkara ini menjadi ikhtibar kepada warga taman dan bersyukur kerana kita mempunyai skuad ronda siang dan malam seperti yang dijadualkan, akan tetapi saya pohon kerjasama dan komitmen dari pihak ajk keselamatan dan penduduk supaya jangan ambil mudah tentang soal keselamatan dan tidak turun seperti mana jika nama anda dijadualkan. Kepada yang masih tidak tersenarai dalam jadual dan berminat sila maklum terus kepada saya. Setakat ini kawalan sebelah malam baik dan boleh mmbuat pertukaran jika menggangu kerja dan boleh mencari pengganti samada oustation atau tugas luar. Yang penting di sini untuk kita kekalkan taraf keselamatan bersama bagi setiap penduduk taman. Kepada yang masih lagi status silent mode, kami sentiasa menunggu salam perkenalan dari anda semua. Dalam sibuk bekerja kita luangkanlah sedikit masa untuk masyarakat taman mulia mengenali anda dan keluarga anda. Dari rumah no 165 hingga 529 pada saya tiada sempadan taraf jawatan, pangkat, harta dan pendidikan. Tiada satu jurang pun memisahkan keakraban kita sebagai penghuni taman mulia. Kesempatan ini juga, saya ingin menyedarkan semua pihak tiada paksaan dalam berbakti kepada masyarakat tapi sekurang-kurangnya masyarakat mengenali anda. Kepada skuad ronda !! KITA PANTAU DAN KITA HALAU !! jangan sesekali kita memberi peluang kepada jenayah berlaku kepada taman kita. Yang nyata masih lagi terdapat beberapa kenderaan unidentified membuat u-turn apabila bertembung dengan Unit Ronda sekitar jam 3-5am..menjaga keselamatan dan ketenteraman awam adalah tugas polis akan tetapi menjaga keselamatan diri dan keluarga adalah tanggungjawab kita bersama.-


Pengerusi Biro Keselamatan

En. Shahrul bin Rahmat
No. Rumah: 167 Jalan 8,
Tel: 017-5937051
Email: aviator_4355@yahoo.com.my

05 May 2010

Corat-coret pembinaan pondok kawalan-1

Para arkitek2 yang bertauliah

Untuk tempahan sila hubungi kami

Cif Arkitek

Gayat atau Gayut

Nasib baik...Sempat kena tapis