30 August 2010

25 August 2010

Kaunter Bayaran Zakat

Untuk makluman semua umat islam yang ingin menunaikan zakat fitrah, Kaunter zakat akan dibuka.

Tarikh: 25hb Ogos 2010 (Rabu malam Khamis)
Masa: Antara maghrib dan selepas tarawikh
Tempat: Surau Al-Hidayah

Majlis Iftar Surau Al Hidayah

Ajk surau Al-Hidayah Taman Mulia dengan segala hormatnya menjemput muslimin & muslimat serta seisi keluarga menghadiri majlis Iftar (Berbuka).

Tarikh: 23 Ramadan 1431 bersamaan 2 September 2010 (Khamis)
Tempat: Surau Al-Hidayah
Masa: 7.00 malam

Aturcara Majlis


- Berbuka Puasa
- Solat Maghrib
- Jamuan Makan
- Solat Isyak
- Solat Tarawikh
- Tazkirah (sekiranya penceramah diperoleh)
- Moreh


Muslimin & muslimat yang ingin menyumbangkan sedekah untuk majlis ini, boleh menghubungi: Pengerusi/Imam/Setiausaha atau Bendahari

Harap Maklum

Pengerusi
Surau Al-Hidayah

12 August 2010

Fantasy Aster Mulia League

Musim Baru Liga Fantasi Premier League Bakal Bermula. Sesiapa yang ingin sertai ini no kod untuk liga Taman Mulia: 692869-158994

04 August 2010

AHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK

HELWA TAMAN MULIA , MANTIN

AHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK

Sukacita dimaklumkan bahawa HELWA menganjurkan program menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah. Butir-butir program seperti berikut:

TARIKH:
7 OGOS 2010 (SABTU)

TEMPAT:
SURAU AL-HIDAYAH , TAMAN MULIA, MANTIN.

ATUR CARA :
4.00 petang – Bacaan Yaasin dan Tahlil
4.40 petang – solat Asar berjemaah
5.15 – Jamuan

Semua muslimat Taman Mulia dijemput menjayakan program ini.
Semoga silaturrahim antara kita bertambah erat.
Pihak penaja amat mengalu-alukan puan–puan membawa juadah untuk dikongsi bersama dan diucapkan terima kasih.