24 February 2010

Jadual Bertugas Skuad Ronda Feb & Mac




Harap maklum, bagi yang namanya tidak tersenarai atau ingin turut serta sila hubungi ketua keselamatan atau ketua lorong masing-masing. Setiap warga taman hanya akan bertugas sebulan sekali mengikut syif yang ditetapkan. Bersama kita mencegah sebelum terkena.

18 February 2010

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Mulia Aster/Lotus

Satu Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Mulia Aster/Lotus akan diadakan setelah pendafataran persatuan penduduk kita telah diluluskan oleh R.O.S. Untuk maklumat lanjut sila rujuk seperti yang tertera dibawah:

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Mulia Aster/Lotus
Kali Yang Pertama
Pada 13 Mac 2010 (Sabtu)
Masa: 3.00 ptg
Tempat: Dewan Orang Ramai (Jalan 11)

Semua warga Aster/Lotus terdiri dari suami, isteri serta anak-anak yang bermur 18 tahun ke atas dijemput hadir.

12 February 2010

10 February 2010

Masalah Kenderaan Berat Menggunakan Laluan Taman




Beberapa keping gambar lori berkenaan dah saya ambil. Lori ini menggunakan Jalan 11 ke tapak pembinaan di belakang, perumahan kos rendah.

Perhatikan juga bahawa penghalang konkrit sudah dibuka.

Sebelum itu, pada hari yang sama, hari ini, sebuah jengkaut telah melalui Jalan 10. Tapi tak sempat ambil gambar.

Kesan dari penggunaan laluan ini akan mengakibatkan kerosakan jalan taman kita. Sepatutnya pemaju tidak boleh melalui jalan taman kita ini untuk meneruskan projek mereka.

Sama-samalah kita memantau kenderaan-kenderaan berat ini.

ADIB

09 February 2010

Gangguan Bekalan Air

NOTIS GANGUAN BEKALAN AIR BERIKUTAN KERJA-KERJA PEMBAIKPULIHAN LOJI AIR SUNGAI TERIP PADA 9 HB FEB 2010

MAKLUMAT PENUTUPAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

TARIKH;09 HB FEBRUARI 2010 (SELASA)

MASA:9.00 MALAM HINGGA 5.00 PAGI

KAWASAN KAWASAN YANG DI JANGKA AKAN MENERIMA GANGGUAN BEKALAN ADALAH

DAERAH SEREMBAN:

KAWASAN ENSTEK,LENGGENG,NILAI,TAMAN SEMARAK,MANTIN,BANDAR AKAMEDIA,PAJAM,KUARTERS KLIA,DAN NILAI PERDANA,

GANGUAN BEKALAN AIR DI JANGKA PULIH SECARA BERPERINGKAT PADA 6.00PAGI 10HBFEB2010

WALAUBAGAIMANA PUN BERAPA KAWASAN TINGGI DIJANGKA AKAN MENGALAMI GANGGUAN BERIKUTAN PEMULIHAN BEKALAN AIR SEPENUHNYA AKAN MENGAMBIL SEDIKIT MASA

PARA PELANGGAN YANG MEMERLUKAN BANTUAN BOLEH MENHUBUNGI KAMI DI TALIAN BEBASTOL DI TALIAN 1-800-88-6982 UNTUK MENDAPAT SEBERANG BANTUAN LANJUT