Mesyuarat penubuhan AJK Aster Mulia telah diadakan di Taman Permainan Aster pada jam 5.00 ptg. Sejarah penubuhan AJK ini di mulakan atas usaha saudara Shahrul Rahmat (batman tu). Majlis ini dihadiri seramai kira-kira 60 orang rakan-rakan penduduk. Terima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan. Rakan-rakan penduduk telah sebulat suara melantik Yang Dipertua kita saudara Roselan (org langkawi) serta lain-lain AJK. Sila rujuk Senarai AJK Taman Mulia Aster. Para penduduk Taman Mulia Aster majoritinya melayu tetapi diimbangi dengan kaum india dan cina. Penduduknya bekerja sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, P.J dan Bangi.
Diharapkan AJK yang di lantik ini dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah.
Mesyuarat ini menandakan satu komuniti yang saling bertoleransi dan bantu-membantu. Semoga ia akan terus kekal bersatu.
Diharapkan AJK yang di lantik ini dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah.
Mesyuarat ini menandakan satu komuniti yang saling bertoleransi dan bantu-membantu. Semoga ia akan terus kekal bersatu.
Walaupun petang itu dilanda hujan lebat, namun mesyuarat tetap diteruskan juga. Cayalah.....
ReplyDelete