AJK Taman Mulia Aster menyeru agar kita para penduduk dapat menyumbang atau menderma bagi pembelian khemah bersaiz 20'x20' yang berharga RM1800.00. Jumlah derma atau sumbangan minima RM50.00 atau lebih. Tujuan pembelian khemah ini adalah untuk digunakan semasa bulan ramadhan yang mulia kelak. Ini kerana taman kita ini masih belum mempunyai surau atau tempat yang sesuai untuk beribadat. Jadi dengan adanya khemah ini, dapatlah kita berjemaah solat tarawikh di kawasan lapang taman permainan kita ini.
Selain dari solat tarawikh, khemah itu juga boleh digunakan untuk kenduri, jamuan atau apa sahaja tujuan.
Jika ada cadangan atau harga khemah yang lebih murah boleh diusulkan.
Duit sumbangan bolehlah diserahkan kepada Bendahari Taman Mulia Aster.
18 June 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sahabat sekalian,
ReplyDeletePembelian khemah ini kita perlu lihat untuk jangka masa panjang. Pembelian harta modal seperti khemah adalah perlu bagi memenuhi kehendak semua aktiviti yang kita akan jalankan. Oleh yang sedemikian, saya menyeru supaya semua penduduk dapat menyumbangkan sedikit bagi merealisasikan pembelian ini.
Diharap dapat berikan maklumat akaun supaya boleh saya salurkan sumbangan tersebut. mahathir@kln.gov.my
ReplyDeleteMAHATHIR HUSSIN SHAUKAT
Kedutaan Besar Malaysia
Harare, Zimbabwe
Lorong 11