Peribahasa ada menyebut " carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua" maksudnya pertelingkahan yang berlaku antara adik-beradik , akhirnya mereka akan berbaik-baik semula kerana pertalian darah yang ada pada mereka.
Peribahasa lain yang ada persamaan dengan peribahasa di atas ialah "air dicincang tak akan putus".. Mengambil maksud tersirat peribahasa tersebut dan bersempena Ramadhan yang mulia ditambah menjelang Aidilfitri, marilah kita cantum semula yang carik-carik , dan sifatnya air tak pernah putus apabila dicincang walaupun dah jadi ice cube.
Sampai-sampaikanlah peribahasa ini pada anak-anak, kerana generasi muda perlu tahu akar budaya mereka.
K Ju.
No comments:
Post a Comment