20 May 2009

Team Aster Biker Road To Rome (konon)

Nasib baik tak tidur peluk basikal

Macam ni ker contoh teladan yang baik...

Abg Din bila nak beli


Team Bald Scott

Kejuaraan Milik kami

3 Abdul

'Chief de Mission'

Like father like son

Aster Biker Rule

Baru Berjinak...tu yang duduk dgn OTAI.

Makan Sebelum Berkayuh

Pemandangan Indah Mulia Aster



15 May 2009

Resepi Minggu Ini-Manok Pansoh


Bahan-bahan
1 ekor ayam -dipotong ,2 btg serai - dihiris, *6 ulas bwg putih ,*4 ulas bwg merah ,*3 buku halia saiz besar ,1 kuntum bunga kantan -dihiris ,1 ikat daun ubi - digosok2 sekejap dgn tapak tangan, garam dan aji secukup rasa( mesti masin ckit baru sdp, ikut rasa.

Cara-cara
  1. Tuskan ayam yang telah dipotong tadi.
  2. Tumbukkan bahan-bahan yang bertanda *
  3. Gaulkan bahan2 yg ditumbuk tadi ke dalam ayam. Masukkkan serai, bunga kantan, garam dan aji.Gaulkan rata dan rasakan.Biarkan sekejap.(20 mnt)
  4. Masukkan ayam ke dalam buluh.Selang-selikan dgn daun ubi yang telah digosok-gosok tadi. Semasa mengisi ayam tadi, hentakkan buluh tu sikit2 supaya ketulan ayam turun ke bwh.Jangan isi penuh sangat.
  5. Tuangkan sedikit air ke dlm buluh tadi dan tutuplah mulut buluh tu dgn daun ubi atau daup pisang yang telah disimpul.
  6. Bakarlah selama lebih kurang satu jam.Guna kayu api atau arang paling best.Tapi boleh juga guna dapur gas , cuma kena hati-hati dan sandarkan betul-betul pd dinding.Takut jatuh pulak! Ada kes sebenarnya...he..he..
  7. Nota:Bagi yang suka pedas bolehlah gaulkan cili pada ayam...Air perapan ayam tu jangan dibuang,.tuangkan sekali dalam buluh ya..... SELAMAT MENCUBA
Oleh : Chef Dee

Nota : Untuk Sarjan Rais…malam 6 Jun nanti ler hehehehe.

MALAM GEMA KEJIRANAN



Majlis Bacaan Yassin & Mesyuarat Persatuan





Majlis bacaan yassin dan sembahyang maghrib dan berjemaah telah diadakan di rumah Tuan Haji Sulaiman. Majlis ini diimamkan oleh Haji Bahar. Kira-kira 30 orang menghadiri majlis yang julung-julung kali diadakan ini. Selesai solat dan bacaan yassin, tetamu dijamu dengan sajian nasi tomato, roti jala dan rojak buah.

Setelah perut masing2 kenyang, mesyuarat persatuan penduduk diadakan dengan dipengerusikan oleh YDP kita. Pelbagai idea dan cadangan bernas telah dikemukakan.

Sekali lagi terima kasih diucapkan kepada Tuan rumah.


Nota Kaki: YDP tambah bertambah tambah...

14 May 2009

Pengetahuan Am...Bersama Cikgu Ju



Perbahasa Melayu ada menyebut " bagai melepas batuk di tangga" yang bermaksud orang yang membuat kerja sambil lewa atau acuh tak acuh. Apa kaitan batuk dengan tangga? Kenapa tak sebut melepaskan batuk di tingkap ke, ruang tamu ke?

Sebenarnya perkataan batuk itu berasal daripada perkataan "batok" yang bermaksud tempurung kelapa. Orang dulu kala menjadikan batok sebagai gayung, yang biasanya duduk dalam tempayan.

Betapa tajam, kritis dan telitinya orang dulu-dulu, mengaitkan peribahasa ini dengan membuat kerja sambil lewa. Kenapa? Orang dulu-dulu tak pakai selipar bila keluar rumah sebab belum ada selipar Jepun. Jadi bila nak naik ke rumah, kena basuh kaki. Tapi disebabkan nak cepat, sambil lewa dan tak kisah, maka air yang ada dalam batok tadi tercurah ( terlepas) ke tangga, bukannya tercurah ke kaki ,yang sepatutnya di basuh.

Oleh sebab bahasa bersifat dinamik maka perkataan batok disesuaikan dengan penutur Melayu jadi batuk. Maka jadilah peribahasa Melepaskan batuk di tangga.

Sekian saja untuk kali ini. Ada banyak lagi peribahasa yang menggambarkan betapa nenek moyang kita sangat kritis dalam memerhatikan keindahan alam dan ciptaan-Nya. Bolehlah dikongsi dengan anak-anak.

Cikgu Juliana.

08 May 2009

Takziah buat Yan Sekeluarga

Takziah diucapkan dari seluruh penduduk Taman Mulia Aster buat Saudara Yan Sekeluarga.
Isteri beliau mengalami keguguran dan telah dimasukkan ke Hospital Serdang, wad 6b, Katil 5.
Semoga tabah menhadapi segala dugaanNya.

07 May 2009

Berbuat Baik Sesama Jiran


Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Kefahaman Hadis :
1) Pergaulan yang baik - menyebarkan kasih sayang antara manusia - mengeratkan lagi ikatan
mahabbah sesama ummat.
2) Menjaga Lidah - berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata, sekiranya perkara itu harus - diam lebih baik.
- perkara kebaikan - bercakap adalah lebih baik.
3. Memuliakan Jiran :
- wasiat mengenai jiran - ayat Quran - hadis (wasiat jibril pada nabi sehingga nabi menyangka
jiran boleh mewarisi)
- Larangan menyakiti jiran - hadis- hadis berkaitan.
- Ihsan pada jiran - hadiah, salam, senyum ketika berjumpa, tolong ketika susah dll.
4. Martabat jiran :
- Jiran Muslim (mempunyai pertalian keluarga)
- hak jiran, hak Islam dan hak kerabat.
- Jiran Muslim - hak jiran dan Islam.
- Jiran Bukan Muslim - hak jiran.
5. Memuliakan Tetamu :
- Hukumnya adalah wajib - tempoh tiga hari.
- Adab-adab melayani tetamu - rujuk hadis-hadis dan juga kisah nabi Ibrahim.

Pengajaran hadis:
Hadis ini menerangkan beberapa tuntutan lman, antaranya ialah berkata hanya perkara benar dan berfaedah, kurang bercakap, menghormati jiran tetangga dan memuliakan tetamu.
Seorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara perkara haram kerana dia akan dipersoalkan di hari kiamat nanti. Dia lebih senang diam daripada berkata buruk seperti mengumpat, mengeji, mencaci, memaki hamun dan mencarut.
Seorang yang benar-benar beriman akan menghormati jiran tetangga dan tetamunya, menyempurnakan hak mereka dan tidak menyakiti mereka.
Jiran tetangga adalah suatu golongan yang mendapat perhatian besar dalam lslam. Hormat
menghormati, tolong menolong dan hidup berjiran yang muafakat adalah asas keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat.

Nota Kaki: Renung2kan...Sumbangan Ikhlas G-Leman