14 May 2009
Pengetahuan Am...Bersama Cikgu Ju
Perbahasa Melayu ada menyebut " bagai melepas batuk di tangga" yang bermaksud orang yang membuat kerja sambil lewa atau acuh tak acuh. Apa kaitan batuk dengan tangga? Kenapa tak sebut melepaskan batuk di tingkap ke, ruang tamu ke?
Sebenarnya perkataan batuk itu berasal daripada perkataan "batok" yang bermaksud tempurung kelapa. Orang dulu kala menjadikan batok sebagai gayung, yang biasanya duduk dalam tempayan.
Betapa tajam, kritis dan telitinya orang dulu-dulu, mengaitkan peribahasa ini dengan membuat kerja sambil lewa. Kenapa? Orang dulu-dulu tak pakai selipar bila keluar rumah sebab belum ada selipar Jepun. Jadi bila nak naik ke rumah, kena basuh kaki. Tapi disebabkan nak cepat, sambil lewa dan tak kisah, maka air yang ada dalam batok tadi tercurah ( terlepas) ke tangga, bukannya tercurah ke kaki ,yang sepatutnya di basuh.
Oleh sebab bahasa bersifat dinamik maka perkataan batok disesuaikan dengan penutur Melayu jadi batuk. Maka jadilah peribahasa Melepaskan batuk di tangga.
Sekian saja untuk kali ini. Ada banyak lagi peribahasa yang menggambarkan betapa nenek moyang kita sangat kritis dalam memerhatikan keindahan alam dan ciptaan-Nya. Bolehlah dikongsi dengan anak-anak.
Cikgu Juliana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hebat,
ReplyDeleteIni yang kita mahu, berikan apa saja ilmu kepada semua. Walaupun selalu guna peribahasa tu, baru ari ni aku tahu pasal batok. Terima kasih. Gunakan blog ini juga sebagai satu alat pembelajaran dan ilmu. Tahniah untuk Cikgu Ju dan Helwa