10 April 2009

HORMATI HAK JIRAN ASAS BENTUK MEMBENTUK MASYARAKAT HARMONI



HORMATI HAK JIRAN ASAS BENTUK MEMBENTUK MASYARAKAT HARMONI

Sahabat sekalian,

Petikan daripada Berita Harian mendorong saya untuk menyelitkan unsur kejiranan yang cuba diterapkan di Taman perumahan kita. Semoga dengan ini ianya sedikit sebanyak membuka mata, minda, hati dan tenaga kita untuk mengamalkannya.

Hak kebebasan individu dan keluarga diperakui serta dihormati dalam masyarakat kerana perkara ini penting bagi menjamin keselesaan hidup dinikmati dengan bebas tanpa gangguan. Bagaimanapun, kebebasan itu perlu difahami serta diamalkan dengan baik. Kemantapan dan keutuhan kejiranan bergantung kepada ketinggian budi pekerti. Melalui adab kesopanan dan budi pekerti yang tinggi menjadikan individu menikmati keselesaan hidup untuk dirinya, serta tidak mengganggu ketenteraman orang lain. Dirinya membawa kebaikan, kedamaian dan keselamatan kepada individu lain.

Menjadi lumrah manusia yang hidup di muka bumi ini saling memerlukan antara satu sama lain. Apa yang penting, kita berusaha melakukan perbuatan yang tidak menggugat ketenteraman dan kebahagian orang lain. Islam menggariskan beberapa peraturan hidup berjiran dan bermasyarakat. Antara perkara yang ditekankan ialah adab bertamu. Islam menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia satu keperluan. hidup kita tidak terlepas daripada mempunyai jiran. Hubungan baik dengan jiran dapat mewujudkan kehidupan setempat yang aman dan harmoni.

Jiran yang perlu dihormati tidak terhad kepada jiran beragama Islam. Wajib menghormati dan menjaga hak jiran bukan Islam, termasuk berkaitan kepercayaan dan amalan agama mereka. Sikap tolenrasi terhadap jiran bukan Islam penting kerana ia juga sebahagian daripada dakwah. Tidak dinafikan, usaha mewujudkan kerukunan hidup berjiran masa kini menghadapi sedikit kesukaran. Bilangan individu mementingkan diri dan keluarga semakin bertambah.
Sikap tidak bergaul dengan jiran tertangga melahirkan masyarakat yang ego. Tetamu yang datang hanya di kalangan rakan dan saudara mara dari jauh. Jika ada kenduri kendara pun, tetamu yang dijemput bukan jiran yang tinggal di sekelilingnya. Jiran adalah orang yang paling hampir dengan kita kerana apa juga perkara yang berlaku terlebih dahulu diketahui jiran. jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan ketika ditimpa musibah sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak saudara.

Kurang berinteraksi dengan jiran menyebabkan kemahiran komunikasi, pembinaan akhlak, jati diri, budaya dan percambahan fikiran tidak berkembang dengan baik. Ini memberi kesan kepada anak apbila mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat. Untuk menjaga hubungan baik dalam lingkungan kejiranan, perlu mengamalkan dan menghayati sikap berlapang dada, bertolak ansur, saling memahami, meningkatkan kesabaran, bertukar pendapat, mencari titik persamaan dan mengeratkan hubungan dengan penuh hikmah serta kasih sayang. Usaha memupuk kejiranan perlu dilakukan dengan gigih dan berterusan. Jiran sepakat membawa berkat.

Peraturan berjiran memberikan penyelesaian adil dan berterusan terhadap pelbagai penyakit masyarakat. Cuba kita muhasabah diri berkaitan hubungan kita dengan jiran. Jangan kita berasa sudah sempurna iman disebabkan kerap berulang alik ke masjid kerana masih banyak perkara lain perlu dijadikan ukuran.

MUHASABAH DIRI KITA, DIMANA KITA DI MATA JIRAN KITA

Roselan Bin Mohamed
Yang DiPertua
Persatuan Penduduk Taman Mulia Aster

14 comments:

  1. assalammualaikum YDP..

    makluman dari Bah. Keselamatan, saya amat bersetuju jika setiap kali kita balik keje jgn terus masuk rumah kunci pintu rapat2..atleast, sembang2 la dulu ngan jiran2 yang ada di sebelah menyebelah..

    ini bagi salam pun ada yg x nak jawab..(KECEWA)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Salam perkenalan dari kami 3 beranak dok kat No. 298, Lorong 12 (antara rumah bro' Raymond dan bro' Idrus.) Baru dapat kunci last 2 weeks. Blom pindah 100% lagi cuma dok kemas rumah over 2 weekends ni. Ni "orang rumah" yg terjumpa blog ni. Bagus la ada community macam ni. Tak la terasa terasing sangat. Sonang2 mai la jenguk den, (sebelum den dtg jenguk) Sabtu & Ahad jea buat masa ni. Bila nak buat gathering ni? Nak gak beramah mesra ngan otai2 kat Aster ni. Almaklum la dah jadi mangsa *racun bro' Raymond.

    semoga berjumpa di lain masa... salam

    by: Mohd Azman Zainal

    ReplyDelete
  3. batman....hang bg salam kat org pekak ker? x pun dia bisu kot.....

    bro mohd azman.....Raymond bg racun apa? x kan dah termakan racun Raymond kot....setahu den la kan, Raymond tu tengah dok racun kawan2 beli anjing buat jaga rumah....hang terikut sekali ker???Hehehehehee.....

    ReplyDelete
  4. salam...

    Selamat datang saudara azman. semoga kehadiran anda sekeluarga dapat menambahkan lagi kemeriahan dan nilai tambah dalam komuniti kita ini..

    ReplyDelete
  5. Salam semua & Selamat Datang Bro Azman.. gathering rasanya masa terdekat ni takde kot..tp kalo bro Azman nak buat kenduri doa selamat ok gak tu..he..he.. kalo nak beramas mesra..,malam sabtu, malam minggu biasanya kitaorang berkumpul kat lorong 11, depan rumah YDP or depan rumah Abang Bird..sambil pekena cekodok & kopi panas. kalo bro Azman datang bawaklah pizza large ker 2,3 ketol... ha..ha..ha... sambil-sambil tu bolehlah kita 'tipu nyamuk'..(ni kena menuntut dgn abg Senoi Praq... salammmmm...

    ReplyDelete
  6. Betul tu...piza ker KFC ker...kopi kapal api ker...tapi nak lepak dpan umah bro pun leh gak

    ReplyDelete
  7. Yeap selamat dtg Bro Azaman, join kami di ronda mlm ari. (Mlm sabtu dan ahad) lokasi dpn ghumah YDP atau BB (Brother Bird).

    ReplyDelete
  8. Salam semua. Selamat datang untuk saudara Azman. Jangan lupa kita ada gathering baik punyai 1 Mei ni di rumah saudara Bob.

    Adib, No 216.

    ReplyDelete
  9. Tgh dok kumpul duit nie nak beli basikal... x bleh tahan la... x kan tgk sajeerrr... hahahaha

    ReplyDelete
  10. salam bro azman...ptg2 join main bola tampar pantai kat taman. Aku dpt main hujung mggu jer..

    ReplyDelete
  11. SELAMAT DATANG SAUDARA AZMAN...BOLEH JOIN ASTERBIKERS TEAM..KHAMIS MALAM

    ReplyDelete
  12. adoyaiii baru jer tahun ni saye trade basikal dgn ipod..sebab takde kaki kayuh...sekali pindah kat aster...ada team daaaa...hahahaha... Harap2 Tan Sri Syed Mokhtar bagi duit raye tahun ni... bleh beli basikal...kikikiki

    ReplyDelete