27 April 2009

MARI BERKONGSI IDEA-AKTIVITI TAMAN

Untuk memeriahkan lagi aktiviti taman kita ini, anda dipelawa untuk memberi idea-idea yang bernas bagi memantapkan lagi hubungan kekeluargaan taman kita ini.

Aster Mulia Kampung Kita

8 comments:

  1. tempat yg membataskan aktiviti kita semua ni.....kalau ada dewan org ramai kan best...anak2 boleh berkumpul...isteri2 boleh berkumpul...
    nasib baik la ada usaha wujudkan padang pasir tu,dpt la jugak haji2 semua berkumpul tiap2 petang...

    ReplyDelete
  2. Memandangkan untuk mewujudkan surau dan balai raya agak mengambil masa, apa kata kita hubungi tuan rumah yang rumahnya masih kosong untuk kita sewa jadikan surau sementara. Kalau dapat corner lot lagi bagus. Dari situ kita boleh menggerakkan aktiviti persatuan penduduk Aster Mulia.

    ReplyDelete
  3. semoga ada insan yg berhati mulia untuk menyewakan sementara rumah beliau untuk kita berkumpul menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T........Aminnn!

    ReplyDelete
  4. Saya cadangkan supaya Jawatankuasa mengadakan antaranya seperti:
    1. Hari keluarga sebagai sesi suai kenal.
    2. Majlis tahlil dan bacaan Yaasin untuk semua penduduk taman.

    ReplyDelete
  5. A'kum/Salam sejahtera,
    1] Kita cari kanopi/kontena second-hand, letak sebelah court bola tampar untuk surau sementara/tapak aktiviti
    2] majlis Yassin dan tahlil dikuti pengajian ringkas tentang islam, belajar feqah, tauhid dan alqur'an,

    ReplyDelete
  6. semua cadangan baik2 belaka,..
    aku sangat setuju,..
    bila nak bincang,..
    bila nak gerak!!

    ReplyDelete
  7. Salam. Saya baru pertama kali melawat blog ni. Memang menarik.Saya tertarik kat bab tempat beribadah (surau).

    Sementara kita menunggu dan sedang berusaha untuk mendapatkan surau, apakata kita ramai-ramai ke Masjid berhampiran untuk mengimarahkannya.

    Aktiviti masjid tiap-tiap malam ada. Solat 5 waktu pun hidup. Lebih afdal.Di masjid terdapatnya RAHMAT (kasih sayang) ALLAH. Jangan putuskan hubungan dengan RAHMAT ALLAH.

    Apabila kita mendapat RAHMAT ,kita bawa balik ke rumah, ke Taman kita. Dengan itu rumah,Taman kita berada dalam aman,damai,sejahtera, mendapat perlindungan,dijauhi bala dari ALLAH sentiasa.

    Saya rasa tak de masalah.Semua kita ada kemudahan nak ke Masjid. Cuma nak gerak sahaja..... .

    ReplyDelete
  8. Sahabat sekalian,
    terima kasih atas ulasan yang diberikan.Pandangan dan ulasan tuan-tuan dan puan-puan amat berguna dan bernas sekali. Kita akan usahakan ke arah itu.

    ReplyDelete