30 June 2009

Doa ketika terjadi penyakit menular

TAZKIRAH: FADILAT BULAN REJAB

FADHILAT BULAN REJAB
Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

  • Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
  • Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
  • Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
  • Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
  • Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
  • Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
  • Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
  • Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
  • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
  • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
  • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
  • Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
  • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
  • Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
  • Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
  • Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
  • Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

  1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
  4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
  5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
  6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
  7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
  8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.


Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

  1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
  3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
  4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.


Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

  1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
  3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

DOA BULAN REJAB:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:

Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

INFO KESIHATAN: DRINK WATER ON EMPTY STOMACH

It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases:
Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases.


METHOD OF TREATMENT
1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water
2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minute
3. After 45 minutes you may eat and drink as normal.
4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours
5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day.
6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.


The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/reduce main diseases:
  1. High Blood Pressure (30 days)
  2. Gastric (10 days)
  3. Diabetes (30 days)
  4. Constipation (10 days)
  5. Cancer (180 days)
  6. TB (90 days)
  7. Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd week onwards – daily.

This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times.

It is better if we continue this and make this procedure as a routine work in our life. Drink Water and Stay healthy and Active.

This makes sense.The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals not cold water. Maybe it is time we adopt their drinking habit while eating!!! Nothing to lose, everything to gain...

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you.
It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion.

Once this "sludge" reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine.
Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

A serious note about heart attacks:
  • Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting,
  • Be aware of intense pain in the jaw line.
  • You may never have the first chest pain during the course of a heart attack.
  • Nausea and intense sweating are also common.
  • 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up.
  • Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware.
The more we know the better chance we could survive...

A cardiologist says if everyone who gets this mail sends it to everyone they know, you can be sure that we'll save at least one life

Thanks and sincere

Mohamad Jani Saad
FRIM Kepong

23 June 2009

Ziarah Shashila di Hospital NCI

Org sakit memberi penerangan

Maharaja Melaka

Lepas nie kayuh makin laju la...

Alamak penyokong pasukan merah jambu

Serius nye don...

Burung kakak tua...le cummm

posisi 69 ...katenyerr

dah macam 4U2c gamaknya

Semoga lekas sembuh...

22 June 2009

Perhatian! Maklumat Keselamatan

Harap maklum! Sebuah kereta iswara berwarna biru, no plate WSC 1014 disyaki penyenayah pecah rumah. Kali terakhir melakukan jenayah ialah pada pagi jumaat 19/6/2009 di kawasan sekitar nilai 3. Suspek dipercayai berketurunan india.

Jika anda terserempak atau terlihat sesuatu yang mencurigakan
sila hubungi Saudara Shahrul Rahmat-0175937051 atau Saudara Sofandi-0126481405 atau Balai Polis Mantin-06-7581222

19 June 2009

Perhatian! Kes Denggi pertama Taman Mulia


Sila ambil perhatian. Kes denggi pertama telah dicatatkan di taman kita ini. Sila beri perhatian kepada persekitaran anda.

18 June 2009

Sumbangan Pembelian Khemah 20'x20'

AJK Taman Mulia Aster menyeru agar kita para penduduk dapat menyumbang atau menderma bagi pembelian khemah bersaiz 20'x20' yang berharga RM1800.00. Jumlah derma atau sumbangan minima RM50.00 atau lebih. Tujuan pembelian khemah ini adalah untuk digunakan semasa bulan ramadhan yang mulia kelak. Ini kerana taman kita ini masih belum mempunyai surau atau tempat yang sesuai untuk beribadat. Jadi dengan adanya khemah ini, dapatlah kita berjemaah solat tarawikh di kawasan lapang taman permainan kita ini.

Selain dari solat tarawikh, khemah itu juga boleh digunakan untuk kenduri, jamuan atau apa sahaja tujuan.

Jika ada cadangan atau harga khemah yang lebih murah boleh diusulkan.

Duit sumbangan bolehlah diserahkan kepada Bendahari Taman Mulia Aster.

17 June 2009

Perhatian! Maklumat Keselamatan

Harap maklum, atas nasihat ketua keselamatan kita, sila pantau atau beri perhatian atas perilaku yang mencurigakan. Insiden terbaru yang mencurigakan ialah cubaan menyamar sebagai pemeriksa gas di lorong 10 dan 12, tetapi di lorong 8, mereka menyamar sebagai pegawai bancian. Suspek mungkin lelaki dan wanita memakai vest yang tertera logo kerajaan Malaysia.

Sila catatkan nombor pendaftaran kenderaan yang anda rasa mencurigakan.

Jika anda terserempak atau terlihat sesuatu yang mencurigakan

sila hubungi Saudara Shahrul Rahmat-0175937051 atau Saudara Sofandi-0126481405 atau Balai Polis Mantin-06-7581222

16 June 2009

Gambar Sekitar Malam Gema Aster-Part 7

Kesian sungguh...

Berapa tan garam nak pakai untuk awet ni tuan lecturer

Yang baju biru tu peserta paling muda

Nyum-nyum lagi dan lagi

Balik-balik yan...kata yang bercekak pinggang

Mana satu peserta...Yang tudung pink kot

Nyum-nyum

Superman vs Hulk = ayam ngan keli mati kat tengah

Nyum-nyum lagi

Udang, udang, udang.....

15 June 2009

Gambar Sekitar Malam Gema Aster-Part 6

SALUTE!!!

Macam koboi dapat kaktus

Suka yer....ermmmm...SIAP LA..

Senyum simpul ada makna 2...

Aku suka sangat....

Juara segala juara...sebab 2 supermaknyah...adooiiiii

Gambar Sekitar Malam Gema Aster-Part 5

Apa tu wak kas...tolong translate

Suka-suka....suka-suka

Tak reti nak komen dah...

Gambar Sekitar Malam Gema Aster-Part 4

ni bagi ucapan ke atau nak nyanyi...

ni nak kata kontrol ayu atau kontrol macho..MAYU je la...

Aster idol 2009

Pasangan Pengantin...

Sapa teror...sila cari mawi yg tersembunyi..

ish...ish...ish...

Gambar Sekitar Malam Gema Aster-Part 3

Cuba tgk muka-muka mak2 ngan bapak2...

Ni la yang dinamakan suami mithali...

Tu make-up ker lepas geram....

Kontrol ayu lagi la....

Yan...tangan tu jaga

Gambar Sekitar Malam Gema Aster-Part 2

Superman pun berpeluh ker...

ARS 297+46= RAhim de Rossi

Sah...memang tak sodap...tu yang koboi leh tertidur..

Jutaan Terima Kasih Buat Penaja-Penaja Kita yang amat bermurah hati..

Gambar Sekitar Malam Gema Aster-Part 1

Kontrol cun geng helwa nie...

Org kuat malam gema...bergema siooottt.

Nak gak aku tanam penyokong meriam katak nie...


Habis segala air keluar...

YDP nak lawan laga perut tu...