31 July 2009

TAHNIAH KEPADA PASANGAN TEE

Tahniah di ucapkan kepada pasangan Mr. Tee diatas kehadiran anak perempuan yang kedua pada 30 Julai 2009. Sebelum ini pasangan ini juga dikurniakan anak perempuan

Tahniah berkali-kali.

27 July 2009

TAHNIAH KEPADA PASANGAN ZAIN DAN JA

Tahniah di ucapkan kepada pasangan Zain dan Ja (Jalan 10) diatas kehadiran pasangan kembar pada 27 Julai 2009. Sebelum ini pasangan ini juga dikurniakan sepasang anak kembar juga.

Tahniah sekali lagi.

16 July 2009

Rahsia waktu solat

CVT sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ? Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam,alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah SWT tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya

Sumbangan:
Abg

15 July 2009

07 July 2009

Jemputan Kenduri Kesyukuran 2

Dengan segala hormatnya dijemput ke Majlis Kenduri Kesyukuran Saudara Abd Rahman Basiron, no rumah 333, jalan 12 pada 12 hb Julai 2009, 11.30 pg. Aturcara majlis bacaan doa selamat dan yassin. Kehadiran anda amatlah dialu-alukan.

Sekian

P/S: Dapur closed kata HELWA

06 July 2009

Jemputan Kenduri Kesyukuran

Dengan segala hormatnya dijemput ke Majlis Kenduri Kesyukuran Saudara Syiril, no rumah 485 (teres setingkat) pada 12 hb Julai 2009 selepas zuhur. Kehadiran anda amatlah dialu-alukan.

Sekian.

02 July 2009

TERBARU! Kejadian pecah rumah di jalan 12

Seri Pajam, Satu kejadian pecah masuk telah berlaku di kediaman Jalan 12 pada 1hb Julai 2009. Kejadian berlaku diantara jam 3 hingga 6 ptg. Ketika kejadian, tuan rumah tiada di rumah. Selepas di periksa, pemilik rumah hanya kehilangan barangan peribadi kerana masih baru berpindah. Penjenayah telah masuk melalui pintu utama setelah memecahkan gril hadapan dan mengumpil pintu kayu.

Harap maklum: sila kunci pintu gate hadapan anda menggunakan rantai.