02 July 2009

TERBARU! Kejadian pecah rumah di jalan 12

Seri Pajam, Satu kejadian pecah masuk telah berlaku di kediaman Jalan 12 pada 1hb Julai 2009. Kejadian berlaku diantara jam 3 hingga 6 ptg. Ketika kejadian, tuan rumah tiada di rumah. Selepas di periksa, pemilik rumah hanya kehilangan barangan peribadi kerana masih baru berpindah. Penjenayah telah masuk melalui pintu utama setelah memecahkan gril hadapan dan mengumpil pintu kayu.

Harap maklum: sila kunci pintu gate hadapan anda menggunakan rantai.

1 comment:

  1. salam..
    untuk makluman sahabat-sahabat kampung aster mulia,..kes-kes pecah rumah sekarang ni juga menggunakan kereta-kereta mewah atau pun baru dengan no pendaftaran tidak jelas atau 'fancy' dan palsu..
    pastikan ANDA mengenali kereta-kereta yg dimiliki oleh jiran-jiran anda secara jelas, sebarang keraguan sila hubungi jiran anda untuk memastikan sama ada 'sahih' kenderaan yang di parking di hadapan rumah jiran-jiran anda itu milik beliau..
    ini berkemungkinan, dikuatiri milik pejenayah yang sedang melakukan jenayah..minta bantuan polis segera atau hubungi saya untuk menutup jalan utama di hadapan..atau saudara LIM 165, kami akan cuba beri kerjasama yg sewajarnya..

    -lorong 8 semakin hiduppp
    shahrul b. rahmat
    (mamat yg pakai wira hitam NBU 4955)
    kelab ronda kampung

    ReplyDelete