02 December 2009

Aduan Jalan berlubang di Jalan Mantin (3265).

Salam Sejahtera,

Tuan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Terlebih dahulu pihak kami mengucapkan terima kasih kerana keperihatinan tuan untuk memajukan aduan tersebut kepada pihak kami.

Untuk makluman, pihak Cawangan Senggaran Fasiliti Jalan, JKR Malaysia memaklumkan bahawa lokasi tersebut sebelum ini merupakan lokasi projek menaiktaraf jalan oleh JKR Negeri.

Pada bulan Ogos 2009 Jalan tersebut telah diserah sepenuhnya kepada pihak JKR Persekutuan / konsesi untuk kerja-kerja penyenggaraan.

Pihak JKR (UPPJ) telah mengarahkan konsesi membahagikan kerja pembaikan jalan kepada 2 pasukan supaya kerja pembaikan tersebut dapat disiapkan dengan kadar segera.

Pasukan A
Kerja-kerja penampalan jalan yang berlubang (patching pothole) dibawah kerja penyenggaraan rutin JKR (UPPJ) telah pun selesai.

Pasukan B
Kerja penurapan semula termasuk kerja milling di lokasi-lokasi yang kritikal telah mula pada 1 Disember 2009 dan dijangka siap pada 30 Disember 2009

Pihak JKR( UPPJ) akan melaksanakan pemantauan di tapak dari semasa ke semasa supaya kerja tersebut dapat disiapkan dalam masa dan kualiti yang ditetapkan.

Sekian, harap maklum.



Bahagian Komunikasi Korporat,
Caw. Pengurusan Korporat,
Jabatan Kerja Raya Malaysia,
Tingkat 1, Blok B (Lama),
Kompleks Kerja Raya,
Jln. Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2696 7651 / 7647 / 7660 / 7664

No comments:

Post a Comment