Tahniah diucapkan kepada Saudara Ibbrazali bin Jantan dan isteri diatas kelahiran baby lelaki Danish Fahim pada 29hb julai 2010.
Juga selamat hari jadi buat mantan YDP kita yang menyambut hari lahir yang ke 36 pada 30hb Julai 2010.
TAHNIAH.
30 July 2010
27 July 2010
PROGRAM GOTONG ROYONG TAMAN MULIA (ASTER/ LOTUS)
Perhatian kepada semua ahli helwa, Anda dialu-alukan untuk menyumbangkan juadah semasa aktiviti gotong-royong. Sila hadir pada jam 7.30 pagi dan bawa peralatan yang sesuai. Terima Kasih.
Pengerusi HELWA
Kepada sesiapa yang ingin membuang sampah-sarap yang berskala besar, pihak MPN akan menyediakan satu tong sampah bergerak pada majlis gotong royong nanti. Harap maklum
Pengerusi HELWA
Kepada sesiapa yang ingin membuang sampah-sarap yang berskala besar, pihak MPN akan menyediakan satu tong sampah bergerak pada majlis gotong royong nanti. Harap maklum
22 July 2010
Tips-Tips Gotong Royong
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.
Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.
Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya, Rwanda dan Uganda. Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.
Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".
Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.
P/s: Sesiapa yang pakar minta tolong sahihkan perkara ni. Terima Kasih.
21 July 2010
Astermulia Kini di Facebook
19 July 2010
PROGRAM GOTONG ROYONG TAMAN MULIA (ASTER/ LOTUS)
Buat julung-julung kalinya, di bawah nama Persatuan Penduduk Taman Mulia Aster (Aster/ Lotus) pihak persatuan akan mengaturkan satu program gotong royong di Taman Mulia pada ketentuan berikut seperti yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa Taman Mulia Bil. 3/2010:
Tarikh: 1hb Ogos 2010 (AHAD)
Masa: 7.30am
Tempat Berkumpul: Dewan Orang Ramai Taman Mulia (Sebelah Surau al-Hidayah Taman Mulia)
Untuk makluman para penduduk, sarapan pagi akan disediakan oleh pihak urusetia. Walau bagaimanapun, kami juga mengalu-alukan sumbangan makanan dan minuman berasaskan konsep ‘pot luck”.
Untuk melicinkan kerja-kerja gotong royong, pihak tuan disarankan untuk membawa sebarang peralatan yang diperlukan.
Sehubungan itu, diharap pihak tuan dapat melibatkan diri di dalam aktiviti ini demi mengeratkan silaturahim di kalangan warga penduduk Taman Mulia Aster/Lotus. Kerjasama dan penglibatan tuan/puan di dalam aktiviti ini amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

16 July 2010
Majlis Solat Hajat Untuk Anak-Anak Yang Menduduki Peperiksaan
Untuk makluman semua warga aster dan lotus, satu majlis solat hajat untuk anak-anak kita yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM akan diadakan pada malam ini 16 julai 2010 (jumaat). Majlis akan berlangsung selepas solat maghrib di surau al hidayah taman mulia. Jamuan disediakan, tetapi sesiapa yang ingin turut menyumbang juadah adalah dialu-alukan.
08 July 2010
07 July 2010
Ruangan Sembang
Tuan-tuan & puan-puan, tujuan ruangan sembang ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama jiran. Adalah tidak sesuai untuk menghentam atau berkata yang bukan-bukan terhadap individu atau mana-mana kumpulan. Buat warga lepak, syila atau zaharah tidak guna untuk menyamar, ini kerana IP address anda menunjukkan segalanya. tidak perlu takut untuk jadi diri anda sendiri. Jadi sekali lagi peringatan untuk semua, segala ketidak puashatian boleh disalurkan terus kepada saudara YDP atau naib YDP. Nombor telefon mereka mudah untuk diperolehi melalaui laman blog ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)