19 July 2010

PROGRAM GOTONG ROYONG TAMAN MULIA (ASTER/ LOTUS)

Buat julung-julung kalinya, di bawah nama Persatuan Penduduk Taman Mulia Aster (Aster/ Lotus) pihak persatuan akan mengaturkan satu program gotong royong di Taman Mulia pada ketentuan berikut seperti yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa Taman Mulia Bil. 3/2010:

Tarikh: 1hb Ogos 2010 (AHAD)
Masa: 7.30am
Tempat Berkumpul: Dewan Orang Ramai Taman Mulia (Sebelah Surau al-Hidayah Taman Mulia)


Untuk makluman para penduduk, sarapan pagi akan disediakan oleh pihak urusetia. Walau bagaimanapun, kami juga mengalu-alukan sumbangan makanan dan minuman berasaskan konsep ‘pot luck”.

Untuk melicinkan kerja-kerja gotong royong, pihak tuan disarankan untuk membawa sebarang peralatan yang diperlukan.

Sehubungan itu, diharap pihak tuan dapat melibatkan diri di dalam aktiviti ini demi mengeratkan silaturahim di kalangan warga penduduk Taman Mulia Aster/Lotus. Kerjasama dan penglibatan tuan/puan di dalam aktiviti ini amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

No comments:

Post a Comment