15 May 2009

Majlis Bacaan Yassin & Mesyuarat Persatuan





Majlis bacaan yassin dan sembahyang maghrib dan berjemaah telah diadakan di rumah Tuan Haji Sulaiman. Majlis ini diimamkan oleh Haji Bahar. Kira-kira 30 orang menghadiri majlis yang julung-julung kali diadakan ini. Selesai solat dan bacaan yassin, tetamu dijamu dengan sajian nasi tomato, roti jala dan rojak buah.

Setelah perut masing2 kenyang, mesyuarat persatuan penduduk diadakan dengan dipengerusikan oleh YDP kita. Pelbagai idea dan cadangan bernas telah dikemukakan.

Sekali lagi terima kasih diucapkan kepada Tuan rumah.


Nota Kaki: YDP tambah bertambah tambah...

1 comment:

  1. Sahabat Sekalian,
    penghargaan perlu diberikan kepada haji leman khasnya dan semua penduduk yang menjayakan program berkenaan. Peranan kita yang menentukan samada persatuan kita, kerukunan kita dan juga perpaduan kita akan berkekalan. Ini bersesuaian dengan konsep kita yang ditekankan oleh saudara bob " Taman kita Kampung kita ". Insyaallah

    ReplyDelete