29 May 2009

PERUTUSAN SEMPENA MALAM GEMA KEJIRANAN


Sahabat sekalian,

TAMAN KITA KAMPUNG KITA. Ungkapan dari saudara bob. Bagi saya itu yang sebaiknya. Sedar atau tak sedar kebanyakan dari kita hampir setahun menetap di kampung ini walaupun begitu ada juga yang masih baru menetap. Bagi yang akan menetap SELAMAT DATANG kami ucapkan. Sejujurnya,tak pernah terfikir oleh saya bahawa kita akan mempunyai ikatan sebegini baik dalam membentuk komuniti kampung kita. Pada permulaannya, komuniti kita tak sebegini kukuh dan tak sebegini perpaduannya tapi Alhamdulillah inilah kita. Kita makin baik dari segi pergaulannya, perpaduannya, sikap bekerjasama dan sifat ingin membantu antara satu sama lain semuanya terhasil dari kerjasama semua pihak.

Sahabat sekalian,

Sekali lagi kita akan menganjurkan satu aktiviti kejiranan. Aktiviti MALAM GEMA KEJIRANAN ini bertujuan untuk mengeratkan lagi perpaduan kita, memupuk sikap tolenrasi dan kerjasama kita. Selain dari itu ianya juga bertujuan untuk kita kenal mengenal jiran baru kita. Ingatlah sahabat sekalian, kerjasama dan perpaduan yang utuh tidak akan tercapai melalui kelompok yang kecil, ianya perlu dimulakan oleh semua penduduk. Harapan saya hanya satu, perpaduan kita, kerjasama kita, susah dan senang kita biarlah merangkumi semua kita.

Sahabat sekalian,

Penyertaan dan penglibatan semua penduduk tanpa mengira bangsa dan agama bagi menjayakan aktiviti ini amat kita hargai. Kehadiran kita semua sudah memadai dan diikuti dengan sedikit sumbangan bagi yang mahu menghulurkan sumbangan amat dihargai. KITA ADALAH SAUDARA. Adalah menjadi harapan kita semua untuk membentuk ikatan persaudaraan bukan setakat hanya persahabatan. Oleh yang sedemikian marilah kita jadikan MALAM GEMA KEJIRANAN ini sebagai satu paltform untuk kita kenal mengenal dan melunaskan prinsip seorang saudara kepada saudaranya.

YDP Mulia Aster

2 comments: