25 August 2009
24 August 2009
Pengetahuan am
19 August 2009
Di Sebalik Kejadian Pecah Masuk
Kejadian terbaru banyak menguji kesabaran kita semua. Tiga buah rumah telah dipecah masuk, Tempat kejadian Jalan 9, Jalan 12 dan Jalan 18 ( jalan akhir ), banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh sahabat kita yang terlibat di dalam kejadian ini. Apa kita nak buat? apa kita dah buat? itu yang bermain dan selalu kita ucapkan. Perasaan Marah, geram, cemas, perkataan berbaur maki hamun, caci, benci dan macam-macam lagi semuanya ada dikeluarkan dan akan kita keluarkan bila menceritakan kejadian ini. Renungkan..
Kejadian seumpama ini sememangnya agenda yang amat kita titik beratkan. Namun mari kita renung disebalik kejadian ini. Kita selalu mempersoalkan apa yang telah orang lakukan, tapi adakah kita pernah persoalkan apa yang kita telah lakukan?. Kita selalu juga mempersoalkan apa akan orang lakukan, tapi adakah pernah kita persoalkan apa akan kita lakukan?. TIDAK PERNAH sama sekali.
Ada hikmah disebaliknya, ada sesuatu yang perlu kita rebut berlandaskan kejadian ini. Tapi adakah kita sedar, adakah kita ingat, TIDAK PERNAH sama sekali. Hari kejadian,dapat dilihat pelbagai ragam, karenah, sikap dan kelakuan penghuni kampung kita tapi adakah kita sedar, bahawa mungkin kita yang menyebabkan ini berlaku, dan berlaku dan berlaku lagi kerana ragam kita, karenah kita, sikap kita dan kelakuan kita semua, adakah kita sedar. TIDAK PERNAH sama sekali. Apa kita buat?. Kita marah pihak Polis kerana gagal mengawal kejadian ini dari berlaku, kita salahkan orang lain kerana gagal menjaga hartanya sendiri. Kita salahkan pengawal walaupun kita tahu itu bukan pengawal kita. Istighfarlah... muhasabah diri ...
Sahabat sekalian,
Pernah saya tulis tentang peranan seorang jiran kepada jirannya. Pernah juga Haji Sulaiman menulis berkenaan dengan tanggungjawab seorang jiran berlandaskan Islam, itu yang patut kita persoalkan, kita bertanya balik dengan diri kita. Apa sumbangan kita kepada Kampung kita? apa peranan kita kepada jiran kita?, supaya perkara ini tidak berlaku. Begitu ramai antara kita semua berkumpul pada hari kejadian baik siang mahupun malam hari tersebut, jadi marilah kita rebut peluang ini, marilah kita ambil iktibar dan hikmah disebaliknya, marilah kita bersatu, eratkan perpaduan, rapatkan persaudaraan. Ini taman kita, kampung kita. Di kesempatan ini juga saya menyeru dan merayu agar kita semua membabitkan diri dan menampakkan diri kita di dalam aktiviti kampung kita ini supaya semua cadangan dan keputusan yang dibuat adalah berlandaskan KEPUTUSAN BERSAMA.
YDP
18 August 2009
TERBARU! Kejadian pecah rumah di jalan 9, 12, 18
PERHATIAN: SATU MESYUARAT KESELAMATAN TAMAN AKAN DIADAKAN PADA HARI KHAMIS 20hb Ogos 2009, JAM 8.00 MLM. BERTEMPAT DI JALAN 11 (HADAPAN RUMAH YDP) SEMUA DIJEMPUT HADIR DEMI KESELAMATAN KELUARGA.
14 August 2009
INFO KESIHATAN:H1N1
Apa itu H1N1?
viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkit dr manusia kpd manusia.
jangka hayat virus
Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.
Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik….akan ‘bersih’ dr virus tersebut.
Apa yg perlu tahu ?
Asal virus ini
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di mexico .
virologi virus H1N1
incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 – 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
cara serangan
virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada ‘trakea’ jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi
siapa yang berisiko
1.orang yg ada masaalah ‘obesiti’ @ gemok
2. perempuan yg mengandung
3 .orang yg ada astmatic
4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani ‘operation yg besar’, kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas
simptom2
- day 1 – rasa kurang sihat, tak bermaya
- day 2 – selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
- day 3 – rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
- day 4 – sakit dada yg teruk……..jumpa doktor dengan segera
- day 5 and above lung collapse @ koma
langkah2 kawalan
1 – golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
2 – menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 – elakkan diri jika terdapat ‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’
4 – jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 – jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai ‘mask’ (sekurang2 nya 3 ply mask)
6 – utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
7 – jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 – jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9 – tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
10 – vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal2nya pada oktober dan hanya utk ‘frontliner’ shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia . mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 – tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Amin.
12 August 2009
TERBARU! Kejadian pecah rumah di jalan 11
11 August 2009
Perlawanan Persahabatan Bola Tampar
Kepada rakan-rakan, satu perlawanan persahabatan diantara Taman Mulia Aster Vs Unit Udara PDRM akan diadakan pada:
- Sabtu
- 15hb 8 2009
- Jam 10.00 pagi
- Kompleks Sukan Brickfields
- Lawatan ke Unit Udara PDRM (Selepas Perlawanan)
- Jamuan tengahari di Rumah Kenduri Kahwin Di Putrajaya (Kawan YDP)
P/S: Pom-Pom Girl dialu-alukan....hehhehe
INFO KESIHATAN:H1N1
Saya ingin meminta orang ramai supaya sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengambil langkah-langkah berikut
- Bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1) (Lampiran 1) diminta SEGERA mendapatkan rawatan. Rawatan anti-viral akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula.
- Bagi mereka yang mempunyai simptom yang ringan diminta untuk mendapatkan rawatan simptomatik. Mereka juga dinasihatkan untuk berada di rumah dan membatas pergaulan serta aktiviti di luar. Kebersihan diri dan etika batuk perlu sentiasa diamalkan. Sekiranya terpaksa keluar, pakai penutup mulut dan hidung (mask) jenis ‘three ply’ untuk mengurangkan penularan virus kepada orang lain.
- Berikan perhatian kepada tanda-tanda amaran seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk/kahak berdarah, muntah/cirit-birit yang kerap. Dapatkan rawatan SEGERA apabila mengalami tanda-tanda tersebut.
- Orang ramai diminta terus mengamalkan cara hidup sihat termasuk banyak meminum air, tidak merokok, makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal. Amalkan langkah-langkah pencegahan H1N1 bagi mengurangkan penularan penyakit ini.
- Penutupan sesebuah sekolah atau institusi bergantung pada penilaian risiko yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan persetujuan bersama dengan pihak pengurusan sekolah atau institusi.
- Di hospital kerajaan, ujian pengesahan jangkitan influenza A(H1N1) hanya dibuat untuk kes-kes yang dimasukkan ke hospital sahaja..
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.
Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai. Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 10 Ogos 2009
07 August 2009
Mesyuarat Majlis Perkahwinan & Sambutan Ramadhan serta Syawal
- Pembahagian tugas dalam menjayakan majlis perkahwinan
- Majlis Tahlil sempena Ramadhan
- Sembahyang Terawikh
- Rumah Terbuka Mulia Aster
P/S: Macam mendudukan orang, kata orang kampung.
Sumbangan Pembelian Khemah 20'x20'
Sekali lagi, Jutaan Terima Kasih Diucapkan.