19 August 2009

Di Sebalik Kejadian Pecah Masuk

Assalammualaikum,


Sahabat Sekalian,

Kejadian terbaru banyak menguji kesabaran kita semua. Tiga buah rumah telah dipecah masuk, Tempat kejadian Jalan 9, Jalan 12 dan Jalan 18 ( jalan akhir ), banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh sahabat kita yang terlibat di dalam kejadian ini. Apa kita nak buat? apa kita dah buat? itu yang bermain dan selalu kita ucapkan. Perasaan Marah, geram, cemas, perkataan berbaur maki hamun, caci, benci dan macam-macam lagi semuanya ada dikeluarkan dan akan kita keluarkan bila menceritakan kejadian ini. Renungkan..

Kejadian seumpama ini sememangnya agenda yang amat kita titik beratkan. Namun mari kita renung disebalik kejadian ini. Kita selalu mempersoalkan apa yang telah orang lakukan, tapi adakah kita pernah persoalkan apa yang kita telah lakukan?. Kita selalu juga mempersoalkan apa akan orang lakukan, tapi adakah pernah kita persoalkan apa akan kita lakukan?. TIDAK PERNAH sama sekali.

Ada hikmah disebaliknya, ada sesuatu yang perlu kita rebut berlandaskan kejadian ini. Tapi adakah kita sedar, adakah kita ingat, TIDAK PERNAH sama sekali. Hari kejadian,dapat dilihat pelbagai ragam, karenah, sikap dan kelakuan penghuni kampung kita tapi adakah kita sedar, bahawa mungkin kita yang menyebabkan ini berlaku, dan berlaku dan berlaku lagi kerana ragam kita, karenah kita, sikap kita dan kelakuan kita semua, adakah kita sedar. TIDAK PERNAH sama sekali. Apa kita buat?. Kita marah pihak Polis kerana gagal mengawal kejadian ini dari berlaku, kita salahkan orang lain kerana gagal menjaga hartanya sendiri. Kita salahkan pengawal walaupun kita tahu itu bukan pengawal kita. Istighfarlah... muhasabah diri ...

Sahabat sekalian,

Pernah saya tulis tentang peranan seorang jiran kepada jirannya. Pernah juga Haji Sulaiman menulis berkenaan dengan tanggungjawab seorang jiran berlandaskan Islam, itu yang patut kita persoalkan, kita bertanya balik dengan diri kita. Apa sumbangan kita kepada Kampung kita? apa peranan kita kepada jiran kita?, supaya perkara ini tidak berlaku. Begitu ramai antara kita semua berkumpul pada hari kejadian baik siang mahupun malam hari tersebut, jadi marilah kita rebut peluang ini, marilah kita ambil iktibar dan hikmah disebaliknya, marilah kita bersatu, eratkan perpaduan, rapatkan persaudaraan. Ini taman kita, kampung kita. Di kesempatan ini juga saya menyeru dan merayu agar kita semua membabitkan diri dan menampakkan diri kita di dalam aktiviti kampung kita ini supaya semua cadangan dan keputusan yang dibuat adalah berlandaskan KEPUTUSAN BERSAMA.

YDP
Persatuan Penduduk Taman Mulia Aster

6 comments:

  1. bapak marah ? takk...
    bapak ni mcm marah je...takk..
    bapak marahhhh ?
    takk...hehe

    ASSALAMMUALAIKUM DATO YDP

    Secara keseluruhan berikutan kes-kes yang terjadi, tiada bukti-bukti yang jelas di tinggalkan, tiada tangkapan yang di buat kerana maklumat kita terlalu sedikit..tetapi sampai bila kita hendak berdiam diri?

    Sehingga kini kes-kes yang terlibat hanya membabitkan wang ringgit dan harta benda, saya percaya suatu hari nanti jika kejadian ini tidak di bendung, pemantauan persekitaran tidak diadakan dan kurang persefahaman di kalangan kita..perkara yang lebih buruk boleh berlaku..

    "Sepandai-pandai tupai melompat..akhirnya jatuh ke tanah jua..atau pun..sepandai-pandai tupai melompat makin lama makin pandai dan jadi tupai terbang plak.."

    FIkir-fikirkan la..
    -shahrul bin rahmat
    (POLICE CHOPPER ONE)

    ReplyDelete
  2. ayahanda marah tak.. tidak..
    kalau ayahanda marah nanti kena jual.. tidak
    ayahanda tak marah.. kihkihkih..

    Assalamualaikum.. YDP

    Bagaimana kita hendak membanteras kegiatan ini daripada terus berulang ? Bagaimana pencuri itu boleh mengumpil pintu grill dan pintu kayu? Pecah rumah semakin menjadi-jadi. Apa yang kita lihat, kegiatan ini berlaku di waktu siang hari. Di mana penghuni rumah keluar bekerja atau tiada di rumah.

    Selain daripada faktor kejiranan yang kita ambil berat di sini, antara lain yang perlu kita titikberatkan di sini juga adalah pemasangan kunci pendua. Mari kita lihat pula pintu gate asal kediaman kita, adakah ciri-cirinya selamat.

    Tn Shahrul.. terima kasih juga kita ucapkan kepada peronda polis yang melakukan rondaan. Diharapkan rondaan cegah jenayah kerap dilakukan di taman kita dan juga taman-taman yang lain bagi membanteras sebarang aktiviti yang mencurigakan.

    Sebagai jalan terakhir dan sekiranya berkemampuan eloklah pasang cctv seperti saudara kita...

    Renung-renungkanlah..
    penduduk mulia aster

    ReplyDelete
  3. Komentar saya ini hanyalah sekadar untuk berkongsi pengalaman tentang bagaimana langkah keselamatan yang diambil untuk kediaman saya disini. Saya telah bertugas di Kedutaan Besar Malaysia, Harare, Zimbabwe selama hampir 5 tahun dan di Zimbabwe ini kes-kes pecah rumah dan bunuh sering berlaku di sini malah lebih serius. Di kawasan kediaman saya sudah berlaku 21 kes pecah rumah, 6 kes rompak dan bunuh serta 7 lagi melibatkan kecederaan. Hati suami mana yang tidak risau tinggalkan isteri di rumah berseorangan ketika waktu kerja dengan kes-kes yang telah berlaku ditambah ketidak efisyen polis tempatan disini.

    Kediaman saya disini sudah 3 kali hampir dicerobohi pencuri selama saya menetap disini dan Alhamdulillah tiada kehilangan atau kecederaan yang berlaku.

    Saya melengkapi dalam rumah saya dengan ” burgular censor & alarm” dan “panic button” dimana ianya link dengan syarikat keselamatan swasta. Kegunaan “burgular censor & alarm” berfungsi semasa kita tiada di rumah dan sewaktu tidur serta diletakkan di sudut-sudut penting di sekeliling kawasan dalam dan luar rumah. Ia disambungkan pada papan kekunci dan alarm dimana apabila kita keluar atau tidur, pengguna akan memasukkan nombor keselamatan untuk mengaktifkan dan mematikan censor tersebut. Papan kekunci ini kebiasaanya akan diletakkan di dalam bilik dan berhampiran dengan pintu masuk supaya memudahkan pengguna mengaktifkan dan mematikan censor tersebut. Sekiranya berlaku pencerobohan, censor tersebut akan detect dan alarm akan berbunyi serta satu signal dihantar kepada syarikat keselamatan “rapid action”. Apabila syarikat keselamatan ini menerima signal tersebut, mereka akan menghantar serta merta pasukan keselamatan mereka ke rumah. Begitu juga dengan panic button, apabila kita berada di rumah dan merasakan ada orang cuba mencerobohi, pengguna boleh menekan panic button tersebut dan dengan serta merta juga pasukan keselamatan akan dihantar. Kos pemasangan dan peralatan disini adalah lebih kurang RM 3,500.00 manakala untuk rapid action syarikat keselamatan RM 100.00 sebulan. Alhamdulillah, sudah 3 kali ianya berfungsi menggagalkan pencuri dari memasuki rumah saya.

    Saya rasa di Malaysia, kemudahan ini pasti ada cuma mungkin kita tidak mengetahuinya. Mungkin kos di Malaysia agak sedikit mahal dan saya memahami setiap keluarga mempunyai kemampuan yang berbeza. Kalau kita boleh berbelanja untuk grill yang cantik dan mahal, saya rasa lebih elok kita berbelanja lebih sedikit untuk pemasangan alat keselamatan seperti yang saya maklumkan di atas demi keselamatan harta benda dan lebih penting nyawa ahli keluarga kita. Apa yang saya khuatiri berlaku di Aster Mulia, sekarang pencuri-pencuri ini hanya mengambil harta benda kita takut kemudian menjejaskan keselamatan dan nyawa ahli-ahli keluarga kita.

    Saya berharap pengalaman saya ini sedikit sebanyak dapat memberi idea tambahan dan dikongsi bersama sengan saudara saudari serta sahabat-sahabat di Taman Aster Mulia. InsyaAllah suatu hari nanti kita akan berjumpa di sana.

    Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, semoga puasa dan ibadah kita diberkati oleh Allah S.W.T.

    Salam perantaun


    Mahathir Hussin Shaukat
    Lorong 11
    P.S : Nombor rumah tak tahu sampai la ni, kalau ada rumah kosong kedua dari corner lot tu, itulah rumah saya.

    ReplyDelete
  4. Peribahasa " bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing" bermaksud orang yang tidak suka berpakat, mementingkan diri sendiri.

    Sebolehnya janganlah kita jadi seperti enau ( sejenis pokok dalam hutan, nama saintifiknya Arenga saccharifera) yang tumbuh menjalar tetapi bersendirian menunjukkan pucuk dalam hutan yang sememangnya banyak pokok lain.

    ReplyDelete
  5. saya cadangkan setiap malam kita buat r.blok kat belakang gurd lagenda. macam mlm semalam. kerjasama semua sangat diharapkan

    ReplyDelete
  6. mahathir,
    no rumah hang 248 sebelah rumah pak brahim polis pencen otai taman. wanted tu jiran hang la..

    ReplyDelete