10 February 2010

Masalah Kenderaan Berat Menggunakan Laluan Taman




Beberapa keping gambar lori berkenaan dah saya ambil. Lori ini menggunakan Jalan 11 ke tapak pembinaan di belakang, perumahan kos rendah.

Perhatikan juga bahawa penghalang konkrit sudah dibuka.

Sebelum itu, pada hari yang sama, hari ini, sebuah jengkaut telah melalui Jalan 10. Tapi tak sempat ambil gambar.

Kesan dari penggunaan laluan ini akan mengakibatkan kerosakan jalan taman kita. Sepatutnya pemaju tidak boleh melalui jalan taman kita ini untuk meneruskan projek mereka.

Sama-samalah kita memantau kenderaan-kenderaan berat ini.

ADIB

No comments:

Post a Comment