26 May 2010

MAJLIS BACAAN YAASIN (HELWA)

MAJLIS BACAAN YAASIN HELWA DUA MINGGU SEKALI (sabtu)

TARIKH TERDEKAT : 29 MEI 2010 (sabtu)
TEMPAT : SURAU TAMAN
MASA : LEPAS SOLAT ASAR (5.00 PETANG)

Kehadiran sangat dialu-alukan. Silalah bawa juadah untuk dikongsi bersama.

24 May 2010

Sessi Pemasangan Kipas dan Lampu Surau





Sessi Pemasangan Kipas dan Lampu Surau





Gotong-Royong membersihkan Surau Taman Mulia



Majlis gotong royong membersihkan Surau Taman Mulia

Hari Jumaat, 28hb Mei 2010
Jam: 8.30 pg
Tempat: Surau Taman Mulia


Semua dijemput hadir

Sumbangan Wakaf Atau Wang Tunai Untuk Surau Taman Mulia


Assalamualaikum,

Untuk makluman semua, Surau taman kita ini telah diserahkan kuncinya kepada jawatankuasa penaja Surau. Bagi membolehkan kita untuk menggunakan surau ini, pihak jawatankuasa memberi peluang kepada saudara-saudara untuk mewakafkan atau menderma serba sedikit keperluan atau wang ringgit. Sumbangan seperti kipas, lampu, karpet, sejadah, al-quran dan sebagainya.

Sumbangan boleh disalur terus ke
Tuan Hj. Nasarudin (YDP penaja surau)
di talian, 019 661 5601
.

Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Zalzalah, ayat 7 & 8 yang bermaksud:

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam timbangan amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam timbangan amalnya)!

Justeru, ayat di atas boleh dijadikan sebagai panduan dan pengajaran kepada setiap Muslim bahawa atas apa jua amalan (tidak kira baik atau buruk) ianya akan dikira oleh Allah S.W.T. Sekecil mana pun amalan, jika ianya amalan yang baik sudah tentu Allah S.W.T akan memberi ganjaran pahala ke atasnya. Begitu juga dengan amalan yang buruk, walaupun perbuatan yang dilakukan adalah kecil kesalahannya, namun ianya tetap dikira di sisi Allah S.W.T.

17 May 2010

RED ALERT! KEJADIAN PECAH RUMAH JALAN 13

Sabtu, 15 mei 2010, Satu kejadian pecah rumah telah berlaku pada jam 11.00 pagi ketika kebanyakan kita berada di taman. Pada pagi itu penyenayah telah memecah masuk sebuah rumah di jalan 13. Sewaktu kejadian, anak-anak pemilik rumah berada di dalam rumah.

Penjenayah telah memecah masuk melalui pintu hadapan, sambil mengacukan pisau terhadap kanak-kanak terbabit mereka mengarahkan anak-anak tersebut untuk menunjukan temapat tersimpan barang-barang berharga. Menurut saksi, suspek terdiri dari 2 lelaki dan 1 wanita. Mereka melarikan diri menggunakan kenderaan myvi.

Apa yang dipercayai, mondus operasi mereka adalah berlagak seperti saudara-mara yang datang menziarah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan kita yang telah sepantas kilat memberi bantuan kepada anak-anak mangsa. Penjenayah sudah semakin ganas, tak kira lelaki atau wanita. Berwaspadalah.