24 May 2010
Sumbangan Wakaf Atau Wang Tunai Untuk Surau Taman Mulia
Assalamualaikum,
Untuk makluman semua, Surau taman kita ini telah diserahkan kuncinya kepada jawatankuasa penaja Surau. Bagi membolehkan kita untuk menggunakan surau ini, pihak jawatankuasa memberi peluang kepada saudara-saudara untuk mewakafkan atau menderma serba sedikit keperluan atau wang ringgit. Sumbangan seperti kipas, lampu, karpet, sejadah, al-quran dan sebagainya.
Sumbangan boleh disalur terus ke
Tuan Hj. Nasarudin (YDP penaja surau)
di talian, 019 661 5601.
Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Zalzalah, ayat 7 & 8 yang bermaksud:
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam timbangan amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam timbangan amalnya)!
Justeru, ayat di atas boleh dijadikan sebagai panduan dan pengajaran kepada setiap Muslim bahawa atas apa jua amalan (tidak kira baik atau buruk) ianya akan dikira oleh Allah S.W.T. Sekecil mana pun amalan, jika ianya amalan yang baik sudah tentu Allah S.W.T akan memberi ganjaran pahala ke atasnya. Begitu juga dengan amalan yang buruk, walaupun perbuatan yang dilakukan adalah kecil kesalahannya, namun ianya tetap dikira di sisi Allah S.W.T.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah... Tahniah kepada semua yang terlibat...
ReplyDeleteMafhum hadis,
ReplyDeleteApabila meninggal seseorang anak adam (kita la tu), maka akan terputuslah amalannya (amalan yang atas dunia je yang dikira, amalan dalam kubur tak dikira) kecuali tiga
1. anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan ibubapanya (kita la tu - berkat asuhan kita yang baik2, bukan bibi. kalau tak dia doakan bibi dia je, hehehe)
2. ilmu bermanfaat (beruntunglah yang jadi guru - tapi niat biarlah ikhlass)
3. sedekah jariah (sedekah yang manfaatnya bertali arus, yang sentiasa bertali arus ialah waqaf. pahalanya berterusan selagi ain (barang yang diwakaf) masih ada)
SELAMAT BERSEDEKAH.
Yb,
ADIB