13 May 2010

Borang Keahlian Taman Mulia (Aster/Lotus)



MAKLUMAN MENGENAI YURAN DAN KEAHLIAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN MULIA ASTER (ASTER/ LOTUS)

Persatuan Penduduk Taman Mulia Aster (Aster/ Lotus) telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan, nombor pendaftaran 0252-10-NSE dan diluluskan pada 26 Januari 2010. Berikutan itu, Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama telah diadakan pada 13 Mac 2010 dan telah bersetuju bahawa semua penduduk Taman Mulia Aster/Lotus adalah ahli Persatuan secara automatik. Bayaran yuran adalah seperti berikut:

Yuran Keahlian : RM10 (sekali bayar)
Yuran Bulanan : RM5 sebulan atau boleh dibayar secara pukal (setahun)

Pembayaran yuran bermula pada bulan April 2010. Ahli boleh membayar secara tunai atau melalui cek atas nama “PERSATUAN PENDUDUK TAMAN MULIA ASTER MANTIN”.

Pembayaran boleh dibuat kepada Ketua Jalan/ Blok yang dilantik (seperti dalam Lampiran). Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Bendahari. Ahli juga perlu mengisi Borang Maklumat Ahli seperti yang dilampirkan dan perlu diserahkan bersama yuran kepada Ketua Jalan/ Blok.

Dengan sokongan daripada ahli-ahli, segala perancangan yang telah dirancang oleh Persatuan dapat dilaksanakan sebaiknya demi kepentingan semua penduduk Taman Mulia Aster/ Lotus.

Disini dilampirkan borang untuk dimuatturun

2 comments:

  1. yuran aku x nak bayar sebab bob kelepet nanti..dia kuat makannnn..

    ReplyDelete
  2. saya nak saman budak indon nie...

    ReplyDelete