03 April 2009

Informasi Keselamatan Taman

INFORMASI KESELAMATAN

RONDAAN MALAM TAMAN ASTER MULIA

Rondaan malam telah dijalankan atas inisiatif dan usaha bersama oleh para penduduk Taman Aster Mulia untuk mencegah berlakunya jenayah pecah rumah di kawasan taman. Sejak Disember 2007 hingga sekarang telah berlaku 6 (enam) kes pecah rumah dan 1 (satu) kes cubaan pecah rumah telah berlaku. Dengan rasa tanggungjawab untuk membendung perkara sebegini berlaku maka pencegahan mesti dilakukan. Maka dengan hasil khidmat nasihat saudara Shahrul selaku Pengerusi Keselamatan & Ketenteraman Taman Aster Mulia, satu Grup/Skuad Ronda ditubuhkan dengan ke anggotaan 12 orang terdiri daripada penduduk taman yang perihatin. Rondaan ini bermula jam 10.00 mlm sehingga 5.00 pg. Rondaan akan dijalankan dengan berjalan kaki dan berbasikal. Setakat ini seramai 12 org aster bikers menyertainya.

Atas sepakat dan rasa tanggungjawab kita kepada keselamatan nyawa dan harta benda maka kita harus sedar bahawa tanggungjawab kita bukan sahaja pada diri, keluarga malah pada jiran tetangga juga. Kami amat-amat memerlukan sokongan anda untuk meyertai skuad/grup ronda cegah jenayah ini.

Sekian.

P/S : Rondaan dijalankan pada setiap hari secara berkala. Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan rondaan malam sila hubungi:

KESELAMATAN & KETENTERAMAN
SHAHRUL RAHMAT - 017-5937051
M.SOFANDI - 0126481405

5 comments:

  1. biro keselamatan dan ada lencana dia..
    lawa la bob..

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum..terima kasih kepada yg terlibat hampir pada setiap malam kita berkumpul dan memerhati keadaan sekeliling..
    yang penting keselamatan keluarga dan jiran-jiran adalah lebih utama..salam hormat dari saya :- BAT MAN PDRM

    ReplyDelete
  3. nanti kita buat t-shirt n cap untuk abg2 anggota keselamatan kita ni yer....tunggguuuuuuuuuuu!!!!!!!

    ReplyDelete