07 May 2010

Keselamatan Taman

Assalammualaikum....

Satu kejadian pecah rumah di taman perdana kolej height telah berlaku sekitar jam 4.30am tadi dimana penghuni rumah ada di rumah. Alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Tuan rumah cuma kehilangan harta benda seperti handphone, laptop dan sejumlah wang. Harap perkara ini menjadi ikhtibar kepada warga taman dan bersyukur kerana kita mempunyai skuad ronda siang dan malam seperti yang dijadualkan, akan tetapi saya pohon kerjasama dan komitmen dari pihak ajk keselamatan dan penduduk supaya jangan ambil mudah tentang soal keselamatan dan tidak turun seperti mana jika nama anda dijadualkan. Kepada yang masih tidak tersenarai dalam jadual dan berminat sila maklum terus kepada saya. Setakat ini kawalan sebelah malam baik dan boleh mmbuat pertukaran jika menggangu kerja dan boleh mencari pengganti samada oustation atau tugas luar. Yang penting di sini untuk kita kekalkan taraf keselamatan bersama bagi setiap penduduk taman. Kepada yang masih lagi status silent mode, kami sentiasa menunggu salam perkenalan dari anda semua. Dalam sibuk bekerja kita luangkanlah sedikit masa untuk masyarakat taman mulia mengenali anda dan keluarga anda. Dari rumah no 165 hingga 529 pada saya tiada sempadan taraf jawatan, pangkat, harta dan pendidikan. Tiada satu jurang pun memisahkan keakraban kita sebagai penghuni taman mulia. Kesempatan ini juga, saya ingin menyedarkan semua pihak tiada paksaan dalam berbakti kepada masyarakat tapi sekurang-kurangnya masyarakat mengenali anda. Kepada skuad ronda !! KITA PANTAU DAN KITA HALAU !! jangan sesekali kita memberi peluang kepada jenayah berlaku kepada taman kita. Yang nyata masih lagi terdapat beberapa kenderaan unidentified membuat u-turn apabila bertembung dengan Unit Ronda sekitar jam 3-5am..menjaga keselamatan dan ketenteraman awam adalah tugas polis akan tetapi menjaga keselamatan diri dan keluarga adalah tanggungjawab kita bersama.-


Pengerusi Biro Keselamatan

En. Shahrul bin Rahmat
No. Rumah: 167 Jalan 8,
Tel: 017-5937051
Email: aviator_4355@yahoo.com.my

2 comments:

  1. bersama kita menjaga keselamatan & keamanan TAMAN MULIA

    ReplyDelete
  2. kepada yang masih lagi tak pernah bersama bertugas & berkawal(dlm erti kata lain BUAT SELAMBA BODOH JE...)sayangilah keluarga anda

    ReplyDelete